Utama | Profil MPB | Produk | Perkhidmatan | Pengiktirafan Kualiti | Pengeksport | Saraspice | Pelan Laman
 
Menu
Perancangan
Pembangunan Tani

Kawalan Mutu

Pembangunan Produk
Pemprosesan
Maklumat Pasaran
Pembangunan Perantara
Kejuruteraan

 

 

 

 




 
Perkhidmatan

 

1.Perancangan

  • Membuat perancangan yang kemas dan jitu untuk pembangunan dan perkembangan industri lada secara menyeluruh dan;
  • Menyelaras dan memantau program selaras dengan objektif pembangunan dan strategi-strategi yang ditetapkan.

2.Pembangunan Tani

  • Menggalakkan pengeluaran lada istimewa dan lada berkualiti eksport di peringkat ladang.
  • Membiasakan para pekebun dengan amalan-amalan pengeluaran yang baik (GAP) melalui kursus dan pengembangan yang dilaksanakan.
  • Memperkenalkan teknologi pemprosesan lada termasuk penyediaan peralatan pemprosesan asas seperti pengipas, spiral separator, pembanting dan sebagainya.
  • Menyampaikan maklumat pasaran yang terkini melalui risalah, kursus,ceramah, lawatan sambil belajar dan khidmat nasihat.

Usaha semasa ditumpukan pada pembangunan pangkalan bekalan dan saluran pasaran bagi lada istimewa dan produk-produk lada.

3.Perdagangan

  • Menyediakan luang pasaran alternatif untuk petani, dan;
  • Menyokong aktiviti pembangunan pasaran MPB dalam galakan pasaran dengan menerokai pasaran-pasaran baru serta memperkenalkan produk-produk baru melalui eksport terus ke negara-negara pengguna serta pembeli baru dan peningkatan penggunaan lada dalam negara.

4.Galakan Pasaran

  • Meningkatkan penggunaan lada di dalam negeri dengan menggalakkan penggunaan pelbagai produk-produk lada melalui promosi di tempat jualan, iklan dan penyebaran maklumat.
  • Memperluaskan pasaran lada Malaysia di luar negeri dengan tumpuan kepada pengguna dalam industri makanan dan institusi-institusi melalui penyertaan dalam lawatan dagangan, pameran perdagangan, iklan dan promosi di peringkat antarabangsa.

5.Kawalan Mutu:: atas ::

  • Mengawal kualiti melalui sistem penggredan bagi semua lada yang dieksport supaya meyakinkan pembeli mengenai kualiti lada yang diterima.
  • Menepati kualiti mengikut kehendak pasaran menerusi pemprosesan dan pewasapan.

6.Pembangunan Produk

  • Mengkaji pelbagai penggunaan lada termasuk bahan makanan dan bukan makanan untuk menghasilkan produk-produk baru yang dapat meningkatkan penggunaan lada;
  • Membangunakan lada istimewa dan produk-produk lada yang dikenalpasti berpotensi dari segi pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran.

7.Pemprosesan

  • Memproses lada yang diminta oleh pengguna melalui pemprosesan basah dan kering, pensterilan dan pengisaran;
  • Menyediakan kemudahan pemprosesan kepada pengeksport swasta;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kemudahan pemprosesan.

8.Maklumat Pasaran

  • Mengumpul dan mengemaskini data statistik & maklumat pasaran dan menyebarkan berita industri lada kepada semua pengeksport, pihak industri dan pihak-pihak tertentu.

9.Pembangunan Perantara

  • Membangunkan perantara pasaran iaitu peniaga-peniaga lada di peringkat peraih, pemborong, pengeksport serta pengilang, sesuai dengan perkembangan pasaran dan teknologi pemasaran semasa.
  • Mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dan pertubuhan-pertubuhan peladang secara aktif dalam perladangan lada;
  • Membiasakan para perantara dengan pilihan pemasaran iaitu Skim Pemilikan dan Penyimpanan Lada (SPPL) dan Pasaran Hadapan Fizikal dan sebagainya;
  • Menentukan saluran pasaran yang menyeluruh dan dapat memberi perkhidmatan kepada semua kawasan pengeluaran dalam negeri.

10.Kejuruteraan:: atas ::

  • Mengkaji dan merekacipta peralatan yang boleh digunakan dalam memperbaiki pemprosesan lada di peringkat ladang disamping memberi khidmat sokongan dalam penyelenggaraan peralatan dan bangunan MPB

Enjin Carian:

Sila masukkan apa yang hendak dicari:



Penafian:

MPB tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kerugian / kerosakan kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Hiper Rangkai
 
MYGOV
 
  
KPPK

MPOB
 
KOKO
LGM
LTN
IPC
DOA
ASEAN (AFTA)

Lain-lain
   Webmail

 

Hakmilik© MPB 2007, Hakcipta Terpelihara.
Rekabentuk dan Penyelenggaraan oleh Unit Teknologi Maklumat MPB.