Di peringkat perindustrian/eksport, Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah agensi kerajaan yang menerajui Industri Lada Malaysia dalam kawalan kualiti dengan mempraktikkan peraturan antarabangsa seperti:
- ISO 17025
- ISO 9000
- ISO 14000
- Good Manufacturing Practices (GMP)
- Hazard Analysis & Critical Control Point (HACCP) dan;
- GAP
dalam operasinya yang pelbagai seperti:
- pembersihan kering dan basah
- pensterilan wap
- pemprosesan lada bersih asli
- penyisihan warna
- pengisaran dan pengadunan
- essential oil dan pengekstrakan oleoresin
Aktiviti pemantauan dan pengawalan kualiti MPB merangkumi ujian sampel di makmal penggredan di Kuching, Sarikei dan Sibu. Makmal ujian utamanya di Kuching telah diakreditasikan oleh SAMM (ISO/IEC Guide 25) sejak 1997 dan melakukan analisis fizikal, kimia dan mikrobiologi untuk eksport dan penggunaan dalam negeri. Ia kemudiannya telah diperakui semula dengan MS ISO/IEC 17025 pada tahun 2005. Ini bermakna laporan ujian yang dikeluarkan oleh Makmal Ujian MPB di Kuching telah diiktiraf dan diterima antarabangsa.Ia juga dilengkapi dengan gas chromatographs dan atomic absorption spectrophotometer untuk pengenalpastian bahan kimia seperti sebatian lada, sisa racun perosak, besi berat, dan elemen kesan.Manakala Makmal MPB Sarikei telahpun diiktiraf sebagai Makmal Akreditasi MS ISO 17025 (2005) pada tahun 2006 .MPB juga bekerjasama dengan pengeksport lada swasta dalam isu seperti membaikpulih kualiti dan kawalan kualiti menerusi khidmat nasihat dan latihan. Para pengeksport ini juga telah meningkatkan kemudahan pembersihan dan pengeringan untuk SARAWAK PEPPER.
Skim Penggredan Lada Berkanun
Sebagai langkah terakhir pengawalan kualiti, MPB telah mengimplementasikan Skim Penggredan Lada Berkanun (sejak 1976) yang mensyaratkan semua konsaimen lada menjalani ujian kualiti dan pensijilan terutamanya untuk yang dieksport dari Sarawak. Prosedur penggredan ini melibatkan:
- Menerima dan memproses permohonan penggredan pengeksport
- Ujian makmal sampel
- Pensijilan gred
- Pelabelan, pemeteraan dan pelepasan konsaimen
Terdapat 5 gred yang telah dikelaskan untuk lada hitam dan putih.Penggredan dan pensijilan SARAWAK PEPPER ini telah dikenali oleh pengguna akhir dan pedagang di seluruh dunia kerana kualitinya yang konsisten, dan boleh dipercayai dalam konteks penghantaran. Lebih-lebih lagi perkhidmatan pemeriksaan dan penggredan yang diberikan oleh MPB dianggap sistem yang termaju dan efektif dalam perdagangan rempah-ratus.
Perkhidmatan Penggredan dan Pensijilan Untuk SARAWAK PEPPER (ISO 9001:2000)
Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) untuk Unit Penggredan di Kuching dibawah BS EN ISO 9003:1994 telah dilaksanakan dengan baik mengikut keperluan piawaian sejak pengiktirafannya. Selari dengan penaiktarafan dan pengkajian semula piawaian ISO antarabangsa, QMS telah didokumenkan semula untuk penukaran kepada versi baru ISO 9001:2000.
QMS baru tersebut yang didokumenkan mengikut ISO 9001:2000 telah diaudit oleh AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Sistem tersebut mematuhi semua keperluan piawaian tersebut dan telah diiktiraf ke BS EN ISO 9001:2000. Pengiktirafan tersebut membawa logo UKAS iaitu badan akreditasi yang berprestij di United Kingdom.
Gred IPC
International Pepper Community (IPC) telah memperkenalkan dua gred baru (dirawat dan tidak dirawat) for biji lada hitam dan putih. Gred parameter tersebut adalah berdasarkan kepada aspek macro and microbiologikal. Sebagai tambahan kepada gred SARAWAK PEPPER yang terkenal, MPB sekarang ini telah mempromosikan 2 set gred baru yang baru diperkenalkan oleh International Pepper Community (IPC)- sebuah organisasi antarabangsa ditubuhkan dibawah naungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Set pertama gred tersebut terdiri daripada BP-1 dan IPC BP-2 untuk biji lada hitam, juga untuk IPC WP-1 dan IPC WP-2 untuk biji lada putih. Set kedua gred tersebut mengandungi IPC BPT-1 dan WPT-2 untuk lada putih yang telah dirawat.
Perbezaan utama diantara IPC-1 dan IPC-2 di dalam kedua set tersebut ialah bentuk fizikal sementara kebersihan atau kualiti mikrobiologikal tetap sama. Mengenali bahawa lada adalah rempah-ratus ruji (iaitu selalu digunakan untuk makanan yang tidak perlu dipanaskan lagi setelah itu), IPC telah menyatakan bahawa patogen makanan iaitu Salmonella mesti bebas daripada semua gred ladanya. MPB juga telah menawarkan lada pensterilan yang mematuhi piawaian IPC untuk lada yang dirawat. Terdapat pelbagai gred yang harus digunakan pakai oleh semua negara ahli IPC secara sukarela. Kedua-dua pembeli baru dan yang berminat boleh memilih pembelian menerusi gred-gred ini.
:: atas ::