Utama | Profil MPB | Produk | Perkhidmatan | Pengiktirafan Kualiti | Pengeksport | Saraspice | Pelan Laman
 
Menu

Lada Istimewa

Produk Lada Tambah Nilai

 

 

 




 
Mikrokleen & Spesifikasi

Lembaga Lada Malaysia telah mengoperasikan Loji Pensterilan Lada di Kuching, Sarawak untuk memenuhi keperluan pengguna dan pengimport yang lebih ketat. Kedua lada pensterilan ini (hitam & putih) adalah bersih, bebas dari pathogens dan mempunyai kandungan bakteria yang rendah. Ia selamat untuk diguna dan sesuai untuk kegunaan langsung. Kualiti Lada Mikrokleen ini telah diakui oleh Akreditasi Makmal ISO G25 dan Sistem Penggredan yang diperakui ISO 9003 Jemaah Pemasaran Lada Hitam.

Proses Pensterilan

Loji pensterilan terdiri daripada kebuk stim, kebuk penyejuk dan pengering dan sistem pembungkusan semi-automatik. Lada pensterilan melalui proses-proses seperti yang berikut:

a. Lada yang kering dan bersih dirawat menggunakan 'super-heated' stim di bawah tekanan kurang dari satu minit untuk menghapuskan pathogens dan mengurangkan bakteria.

b. Ia kemudian dianginkan dan disejukkan dengan cepat.

c. Lada yang telah dirawat itu kemudiannya ditimbang, dibungkus dengan bersih dan dicap.

Pembungkusan

Untuk perlindungan yang optimum dan kemudahan untuk membawanya, lada yang telah disteril dibungkus dengan beg kertas kraft 4-lapisan anti-panas dengan lapisan dalaman PE. Berat setiap beg adalah 25kg untuk Lada Putih dan 20kg per beg untuk Lada Hitam. Lapisan dalaman dilekapkan ( heat-sealed); manakala bahagian luaran beg adalah berjahit mesin. Pembungkusan jenis lain juga boleh dilakukan mengikut permintaan pengguna.

Ciri-ciri Lada Penstrerilan

Proses rawatan memastikan lada mengekalkan bentuk, rasa dan aroma, dengan kehilangan minima essential oils dan memuaskan piawaian keselamatan makanan yang ketat negara pengimport untuk microbial count. Prosedur kawalan kualiti yang ketat tersebut melibatkan aplikasi GMP, GHP, dan HACCP dan international laboratory analytical test methods memastikan produk tersebut memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Lada Pensterilan telah diterima oleh pengguna seluruh dunia kerana prosesnya tidak melibatkan penggunaan bahan kimia atau penyinaran (irradiation).

Ciri-ciri
Lada Hitam
Lada Putih
Sarawak MIKROKLEEN Label Kuning
Sarawak MIKROKLEEN Label Hitam
Sarawak MIKROKLEEN Label Hijau
Sarawak MIKROKLEEN Label Biru
SPESIFIKASI FIZIKAL (MAX % Mengikut Berat)
Kelembapan
12.0
12.0
12.0
12.0
Biji Ringan
4.0
8.0
0.5
1.0
Bahan Asing
1.0
1.0
0.25
0.25
Biji Hitam
n.a
n.a
1.0
2.0
Volatile Oil [min % mengikut jumlah]
2.75
2.75
2.50
2.50
SPESIFIKASI MICROBIOLOGICAL
(pada masa ujian berdasarkan sampel yang dihantar)
Salmonellae Spp (dalam 50g sampel) Negatif
E. Coli (mac MPN/g) 3.0
Aerobic Plate Counts (max cfu/g) 5,000
Mould & Yeast (max cfu/g) 1,000


* Perkara lain cthnya:. Bahan Asing daripada origin bukan daripada lada, haruslah tidak melebihi 0.25% berat.
cfu: colony forming units; MPN: most probable number; n.a.: not applicable

Enjin Carian:

Sila masukkan apa yang hendak dicari:



Penafian:

MPB
tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kerugian / kerosakan kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Hiper Rangkai
 
MYGOV
 
  
KPPK

MPOB
 
KOKO
LGM
LTN
IPC
DOA
ASEAN (AFTA)

Lain-lain
   Webmail

 

Hakmilik© MPB 2007, Hakcipta Terpelihara.
Rekabentuk dan Penyelenggaraan oleh Unit Teknologi Maklumat MPB.