KAWALAN KUALITI

KawalanKualiti
Pengenalan
Cawangan Kawalan Kualiti di bawah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kualiti Lembaga Lada Malaysia menawarkan perkhidmatan analisis makmal untuk lada keluaran Malaysia. Makmal-makmal analisis MPB telah mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005.
‚Äč
Matlamat
Memastikan kualiti eksport lada negara terjamin dan memenuhi piawaian keselamatan makanan di peringkat antarabangsa.
 
Fungsi
  • Menyediakan khidmat ujian yang segera dan boleh dipercayai serta bertaraf tinggi, mengenai kualiti serta parameter-parameter keselamatan lada dan produk-produk yang berkaitan, kepada industri lada/rempah-ratus;
  • Bekerja secara rapat dengan industri lada/rempah-ratus dalam membangunkan / memperbaiki produk-produk lada/rempah-ratus yang ditambah nilai;
  • Memindahkan pengetahuan dan kepakaran teknikal yang berkaitan terhadap industri lada/rempah-ratus agar industri lada lebih berdaya bersaing di pasaran global; dan
  • Penambahbaikan khidmat teknikal secara berterusan untuk kepentingan industri lada/rempah-ratus.
Skop Analisis
  • Mekanikal (Fizikal) – merangkumi analisis untuk menggred / memantau sampel lada seperti kelembapan, bendasing, biji ringan, ketumpatan pukal, kulapuk lada, biji hitam bagi lada putih serta saiz serbuk bagi serbuk lada;
  • Mikrobiologi – analisis bagi menentukan kandungan mikro-organisma tertentu di dalam sampel lada. Ini termasuk analisis seperti Aerobic Plate Count, Yeasts &/Moulds Count serta Bakteria Kolifom dan Patogen seperti Escherichia coli dan Salmonella spp;
  • Kimia Intrinsik – analisis bagi bahan kimia semulajadi lada seperti piperine, minyak mudah meruap/minyak pati lada (VO), non-volatile ether extract (NVEE), crude fibre, total ash, acid insoluble ash (AIA) serta profil rasa dan aroma lada;
  • Kimia Ekstrinsik – analisis bagi bahan kimia yang bukan dihasilkan secara semulajadi oleh lada. Ini merangkumi bahan kimia seperti racun makhluk perosak, logam surih (trace/ultra-trace heavy metal) dan mikotoksin.

 

Maklumat lanjut sila hubungi :
Encik Zehnder Jarroop Anak Augustine Mercer
Pengarah
 
Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
Tel : 082-331811 Ext:160
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

LOKASI KAMI

HUBUNGI KAMI

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching Sarawak.
Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
Tel : 082-331811
Fax : 082-336877
Email : info@mpb.gov.my

PAUTAN KERAJAAN & AGENSI

 pautan agensi r1 c1
 pautan agensi r1 c1
pautan agensi r1 c2
pautan agensi r1 c4
pautan agensi r1 c5
pautan agensi r1 c10
pautan agensi r1 c3
tembakau
 IPC
  IPC
mygovmobile 
Links IIM 
Links Bleas
msc
bpa
teraju
Datagov Datagov2
.
Kemaskini :
Copyright © 2014. Hak Cipta Terperlihara Lembaga Lada Malaysia. All Rights Reserved. " PEPPER " Flavour The World
Portal ini dibangun bercirikan responsive. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9.0, Mozilla Firefox versi 17.0,  Google Chrome 23.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 dan paparan automatik di peranti mudah alih terlefon pintar.
Casino Bonus at bet365 uk

BAHASA (LANGUAGE)