e participationicon e consulationicon mobileappiconBM

Laporan Pasaran Lada (9-13.1.2017)

Pasaran kekal berada dalam keadaan yang tidak aktif sama seperti pada minggu yang lepas.
 
Harga
  • Di India, Indonesia dan Malaysia, harga lada adalah stabil manakala harga di Vietnam telah menunjukkan penurunan. Penurunan harga yang sedikit turut dicatatkan di Sri Lanka.
  • Di Vietnam, harga lada telah menurun hampir setiap hari dalam minggu tersebut. Harga lada hitam di Vietnam telah menurun daripada VND136,500 per kilogram pada awal minggu kepada VND129,500 per kilogram pada penghujung minggu. Sepanjang minggu tersebut, harga lada putih pula berada pada paras VND177,500 per kilogram. Secara purata, penurunan harga yang dicatatkan adalah sebanyak 4%.
Eksport Lada Malaysia
  • Dalam tempoh empat tahun yang lepas, eksport lada dari Malaysia telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun, iaitu daripada 10,600 metrik tan pada tahun 2012 kepada 13,600 metrik tan pada tahun 2015.
  • Semasa Sesi Persidangan IPC kali ke – 44 yang telah diadakan di Jakarta, Indonesia pada bulan Ogos 2016 yang lepas, telah dilaporkan bahawa jumlah eksport lada dari Malaysia disasarkan mencapai 15,500 metrik tan pada tahun 2016.
  • Walau bagaimanapun, sasaran eskport tersebut mungkin tidak dapat dicapai dan jumlah eksport bermungkinan lebih rendah daripada tahun sebelumnya berdasarkan kepada prestasi eksport Malaysia yang telah ditunjukkan dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun 2016.
  • Setakat bulan Oktober 2016, jumlah eksport lada dari Malaysia yang dicatatkan adalah berjumlah 9,540 metrik tan, yakni penurunan sebanyak 2,290 metrik tan atau 19% berbanding jumlah eksport lada bagi tempoh yang sama untuk tahun 2015 yang berjumlah 11,830 metrik tan
  • Antara salah satu sebab penurunan dalam jumlah eksport Malaysia adalah berpunca daripada lebihan bekalan lada dari negara pengeluar lain seperti Vietnam yang telah menawarkan harga yang lebih kompetitif.
  • Negara Jepun kekal sebagai destinasi pasaran utama untuk eksport lada Malaysia diikuti oleh China dan Korea Selatan. Setakat bulan Disember 2016, eksport lada Malaysia dianggarkan mampu mencapai sebanyak 12,000 metrik tan.
Passranlada
Dikemaskini pada: 16 Januari 2017
Sumber: International Pepper Community (IPC)

 

HARGA KOMODITI LADA

Harga Lada Sarawak Per Tan Metrik Dalam Ringgit Malaysia
 
LADA HITAM LADA PUTIH
LBE Special LBE FAQ LPK
19,720 29,970 40,000
 
LBE – Lada Berkualiti Eksport
LPK – Lada Putih Krim (Creamy White Pepper)
FAQ – Fair Average Quality
*

KOD QR

MPBQRcodeKod QR ini akan memaparkan URL Lembaga Lada Malaysia bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA (Smartphone) anda.

PENCAPAIAN

  • Haccp
  • Halal
  • Standard_width_heigt_1
  • Trading1
  • grading
  • trading

PAUTAN

SMSHARGALADA
1Akses
Adakah Portal MPB ini berinformasi?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

LOKASI KAMI

HUBUNGI KAMI

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching Sarawak.
Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
Tel : 082-331811
Fax : 082-336877
Email : info@mpb.gov.my

PAUTAN KERAJAAN & AGENSI

 pautan agensi r1 c1
 pautan agensi r1 c1
pautan agensi r1 c2
pautan agensi r1 c4
pautan agensi r1 c5
pautan agensi r1 c10
pautan agensi r1 c3
tembakau
 IPC
  IPC
mygovmobile 
Links IIM 
Links Bleas
msc
bpa
teraju
Datagov Datagov2
.
Kemaskini :
Copyright © 2014. Hak Cipta Terperlihara Lembaga Lada Malaysia. All Rights Reserved. " PEPPER " Flavour The World
Portal ini dibangun bercirikan responsive. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9.0, Mozilla Firefox versi 17.0,  Google Chrome 23.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 dan paparan automatik di peranti mudah alih terlefon pintar.
Casino Bonus at bet365 uk

BAHASA (LANGUAGE)