SOALAN LAZIM

Secara umum

Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dan ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 pada 1 Januari 2007. Ibu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu manakala sembilan buah Pejabat Cawangan terletak di Sarawak.MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek  penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada.

Siapakah kami?
Lembaga Lada Malaysia (MPB) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan ditubuhkan pada 1 Januari 2007. MPB adalah merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia yang beribu pejabat di Kuching, Sarawak.
 
Apakah Visi kami?
Menjadi organisasi yang berwibawa, unggul dan cemerlang dalam pembangunan industri lada di peringkat antarabangsa.
 
Apakah Misi kami?
Meningkatkan sumbangan industri lada kepada pembangunan negara melalui program dan aktiviti yang berkesan serta perkhidmatan yang cemerlang.
 
Apakah Objektif Penubuhan MPB?
    • Untuk menggalakkan penanaman lada;
    • Untuk membangunkan dan menggalakkan industri lada;
    • Untuk menggalakkan penyelidikan tentang lada, keluaran lada hitam dan industri lada;
    • Untuk membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri lada Malaysia yang teratur; dan
    • Untuk mengawal selia industri lada kecuali penanaman dan penyelidikan tentang lada.

Apakah Fungsi Kami?

    • Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia;
    • Untuk terlibat dalam perdagangan lada, keluaran lada hitam dan memperluas perdagangan kepada rempah-rempah yang lain;
    • Untuk menggalakkan atau menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan industri lada dan memperdagangkan dapatan penyelidikan demi manfaat industri lada;
    • Untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah untuk mendapatkan lada, keluaran lada dan rempah-rempah lain yang berkualiti tinggi;
    • Untuk memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perunding dan perkhidmatan yang berkaitan termasuk latihan kepada industri lada;
    • Untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggarakan rekod semua perkara yang relevan yang berhubungan dengan industri lada;
    • Untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan dan badan-badan lain termasuk menjadi anggota persatuan di dalam dan di luar Malaysia demi kepentingan industri lada; dan
    • ntuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

LOKASI KAMI

HUBUNGI KAMI

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching Sarawak.
Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
Tel : 082-331811
Fax : 082-336877
Email : info@mpb.gov.my

PAUTAN KERAJAAN & AGENSI

 pautan agensi r1 c1
 pautan agensi r1 c1
pautan agensi r1 c2
pautan agensi r1 c4
pautan agensi r1 c5
pautan agensi r1 c10
pautan agensi r1 c3
tembakau
 IPC
  IPC
mygovmobile 
Links IIM 
Links Bleas
msc
bpa
teraju
Datagov Datagov2
.
Kemaskini :
Copyright © 2014. Hak Cipta Terperlihara Lembaga Lada Malaysia. All Rights Reserved. " PEPPER " Flavour The World
Portal ini dibangun bercirikan responsive. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9.0, Mozilla Firefox versi 17.0,  Google Chrome 23.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 dan paparan automatik di peranti mudah alih terlefon pintar.
Casino Bonus at bet365 uk

BAHASA (LANGUAGE)