Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

HACCP : KKM-16/1/53/M42 HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point)

HaccpHACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) merupakan satu sistem yang digunakan untuk menilai dan menjamin sesuatu makanan yang diproses dikeluarkan dalam keadaan yang selamat dan dapat digunakan oleh pengguna. Sejarah sistem HACCP ini mula diperkenalkan di USA oleh pihak NASA pada tahun 1959.

Sistem HACCP dilaksanakan di Lembaga Lada Malaysia bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti mutu keselamatan makanan berasaskan lada yang dieksport ke luar negara atau pasaran dalam negara. Selain daripada itu juga, dengan adanya pensijilan HACCP ini, Lembaga Lada Malaysia dapat memperluaskan lagi eksport ke luar negara yang menekankan keselamatan makanan yang perlu dipatuhi.
 
Lembaga Lada Malaysia mula mendapat pensijilan HACCP pada 18 Oktober 2010, ini merupakan kejayan yang membanggakan kerana, Lembaga Lada Malaysia merupakan agensi kerajaan yang pertama mendapat pensijilan tersebut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lembaga Lada Malaysia juga turut menubuhkan Pasukan HACCP bagi memastikan pensijilan ini dapat dikekalkan bagi memastikan pensijilan ini berjalan dengan sebaiknya dan meningkatkan sistem HACCP yang sedia mengikut keperluan dan peredaran masa.
 
Sistem HACCP ini diperolehi untuk produk yang dihasilkan di loji rawatan haba Lembaga Lada Malaysia Kuching iaitu produk lada “Mikrokleen”. Sepanjang tempoh untuk memenuhi keperluan yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan pensijilan HACCP, banyak perubahan dan penambahbaikan loji telah dipertingkatkan dan banyak pihak yang terlibat sama untuk memberikan komitmen seperti dari pihak atasan sampai ke pihak pekerja turut terlibat dalam mendapatkan pensijilan HACCP.