Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

Bekalan benih tanaman lada dan skim bantuan

Question Answer
Nama jackson anthony
Emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No Telefon (019) 8488418
Sila Tik Pada Pilihan Pertanyaan
Message Anda soalan 1.
saya merupakan penjawat awam yang ingin menanam lada hitam( kawasan pakan, sarikei ). sekarang dalam proses menanam tiang belian. masalahnya saya sukar untuk mendapatkan anak pokok lada hitam. dari mana saya harus mendapatkan anak pokok tersebut ?

Soalan 2.
adakah penjawat awam seperti saya boleh mendapatkan bantuan dari segi baja dan sebagainya ?
Anda Mudah Dihubungi Melalui? E-mail


MAKLUM BALAS :

Salam Sejahtera,
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel tuan bertarikh 20 April 2016 berkaitan penanaman lada. Untuk makluman, tuan boleh mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Input Pertanian seperti yang dilampirkan bersama emel ini. Dimaklumkan juga,pihak MPB ada menyediakan kursus penanaman lada untuk para pekebun.
 

Sehubungan dengan itu, tuan boleh membeli keratan lada daripada pekebun lada memandangkan pihak Lembaga Lada Malaysia tidak membekalkan keratan lada kepada orang awam.

 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan bantuan dan nombor telefon pekebun yang menjual keratan lada, tuan boleh menghubungi pegawai di Lembaga Lada Malaysia Cawangan Sarikei di talian 084-654161.
 
Harap maklum dan sekian,terima kasih.