Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

UCAPAN OLEH YB. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PEPPER DAY 2014 AEON MALL KULAIJAYA, JOHOR SABTU, 24 MEI 2014

UCAPAN OLEH
YB. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PEPPER DAY 2014
AEON MALL KULAIJAYA, JOHOR

SABTU, 24 MEI 2014

Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong
Pengerusi Lembaga Lada Malaysia
Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Bin Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor
Yang Berbahagia Datuk Seri Nurmala Abd Rahim
Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Yang Berbahagia Dato Grunsin Ayom
Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Yang Berhormat-Yang Berhormat,
Dif-dif jemputan, Wakil-wakil media,
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Lada Malaysia (MPB) atas jemputan untuk merasmikan Pepper Day 2014 di Kulaijaya, Johor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada MPB kerana berjaya menganjurkan acara ini untuk kali kedua.

2.        Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan sekalian bagi memeriahkan majlis pada pagi ini. Penyertaan tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu tanda penghargaan dan sokongan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh MPB dalam mempromosi dan memajukan industri lada negara.

Tuan-tuan dan puan-puan,

3.       Sektor perladangan dan komoditi yang meliputi produk-produk sawit, getah, kayu kayan, koko, tembakau dan lada telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada pembangunan ekonomi negara. Sektor ini juga merupakan salah satu penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara. Pada tahun 2013, nilai eksport produk-produk komoditi adalah RM114.5 bilion ataupun 15.9 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Saya yakin sektor komoditi akan terus memainkan peranan sebagai salah satu tonggak utama ekonomi negara, di samping menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan kepada para pengusaha tanaman komoditi.

  1. 12,105 tan metrik. Prestasi eksport tahun 2013 menunjukkan peningkatan sebanyak 11.6 peratus berbanding dengan tahun 2012. Destinasi utama eksport lada Malaysia ialah ke negara Jepun, China, Taiwan, Singapura, Eropah Barat dan Korea Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tuan-tuan dan puan-puan,

7.       Pada masa ini, harga lada berada di tahap yang memberangsangkan. Harga lada hitam telah mencecah RM20,800 bagi setiap tan metrik manakala harga lada putih pula telah mencecah RM30,880 bagi setiap tan metrik. Dalam hal ini, saya ingin menggesa para pekebun kecil lada untuk terus gigih lagi mengusahakan tanaman lada kerana harga lada yang tinggi memberikan pulangan yang lumayan serta membantu dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Secara puratanya, pendapatan bulanan pekebun kecil yang mengusahakan satu hektar tanaman lada dengan produktiviti 5.2 tan sehektar mampu memperoleh pendapatan sehingga RM8,800.

8.       Selain itu, adalah menjadi hasrat dan usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai habmakanan halal dunia yang akan merancakkan lagi sektor pembuatan dan pemprosesan makanan negara. Senario ini telah menyebabkan penggunaan lada domestik negara pada tahun 2013 mengalami peningkatan sebanyak 2 peratus iaitu 9,480 tan metrik, berbanding sebanyak 9,303 tan metrik pada tahun sebelumnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

9.       Bagi memastikan pembangunan industri komoditi negara terus berdaya saing, Kerajaan telah menyediakan Dasar Komoditi Negara (DKN) bagi tempoh 2011-2020. Dasar ini adalah bertujuan untuk memacukan pembangunan industri komoditi dengan melaksanakan program dan strategi ke arah antara lain, meningkatkan produktiviti dan pendapatan para pengusaha tanaman komoditi. Selain itu, ia juga bertujuan memperkukuhkan lagi peranan dan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dalam hal ini, industri lada akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan dengan sasaran meningkatkan nilai eksport lada kepada RM650 juta menjelang tahun 2020. Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui MPB akan mempergiatkan usaha-usaha untuk memperluaskan tanaman lada kepada 20,110 hektar dan sasaran pengeluaran sebanyak 42,000 tan metrik menjelang 2020.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tuan-tuan dan puan-puan,

13.     Pada hari ini kita akan menyaksikan pelancaran produk baharu Baja Biokimia di bawah jenama Real Strong. Penghasilan baja biokimia ini melalui hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama Syarikat All Cosmos Industries Sdn. Bhd. sejak tahun 2013 telah berjaya menyelesaikan isu-isu keselamatan makanan berasaskan bahan pertaniankhususnya produk-produk berasaskan lada. Selain itu, baja biokimia ini adalah sebagai alternatif kepada penggunaan baja kimia dan akan dipasarkan dengan harga RM45 bagi setiap beg (25 kilogram) di seluruh negara.

14.     Di samping itu, acara hari ini juga akan menyaksikan pelancaran produk baharu berasaskan lada iaitu Sos Barbeku (BBQ) jenama AZAD daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tuan-tuan dan puan-puan,

17.     Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kesudian melapangkan masa untuk menghadiri acara Pepper Day pada hari ini. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Lembaga Lada Malaysia serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga berharap kerjasama seumpama ini akan diteruskan di masa hadapan bagi memperkukuhkan pembangunan industri lada negara.

Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Pepper Day 2014.

Sekian, terima kasih.