Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

UCAPAN ALU-ALUAN YB DATO’ HENRY SUM AGONG PENGERUSI MPB SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PEPPER DAY 2014 DI AEON MALL KULAIJAYA, JOHOR SABTU, 24 MEI 2014

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YB DATO’ HENRY SUM AGONG
PENGERUSI MPB
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PEPPER DAY 2014
DI AEON MALL KULAIJAYA, JOHOR

SABTU, 24 MEI 2014

Terima kasih Pengerusi Majlis,
Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Bin Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor
Yang Berbahagia Datuk Seri Nurmala Abd Rahim
Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Yang Berbahagia Dato Grunsin Ayom
Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Yang Berhormat-Yang Berhormat,
Dif-dif jemputan,
Wakil-wakil media,
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

saya ingin mengucap syukur kerana kita dapat berhimpun untuk memeriahkan dan menjayakan majlis Pepper Day pada hari ini. Ini adalah kali kedua majlis Pepper Day diadakan selepas pelancarannya yang pertama di Kuching, Sarawak pada 8 Julai 2013.

2.      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB. Datuk Amar Douglas Uggah, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia kerana telah sudi hadir dan merasmikan acara Pepper Day kita pada kali ini. Kehadiran YB. Datuk Amar mencerminkan yangbeliau amat mengambil berat akan pembangunan industri lada negara. Kehadiran YB Tuan Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Johor amat tepat pada waktunya di mana Johor yang pada suatu ketika dahulu adalah antara pengeluar utama lada di Kepulauan Melayudan kini bangkit semula sebagai negeri pengeluar lada negara. Kehadiran pucuk kepimpinan MPIC olehYBhg. Datuk Seri Nurmala Abdul Rahimjuga menambahkan semangat kami MPB untuk meneruskan perjuangan demi memastikan pertumbuhan daya maju industri lada.

3.      Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaankepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan penganjuran majlis pada kali ini. Semoga melalui program seumpama ini, matlamat kerajaan untuk menggalakkan kepelbagaian kegunaan serta meningkatkan penggunaan lada di kalangan rakyat Malaysia dapat dicapai sesuai dengan tema pada kali ini, iaitu “Ke Arah Pengukuhan Industri Lada Malaysia”.

Hadirin yang saya hormati,

  1. Malaysia adalah antaranegara pengeluar utama rempah ratus dunia. Pada 2013, Malaysia telahmenduduki tangga kelima sebagai pengeluar lada terbesar dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 26,500 tan metrik. Menyedari hakikat ini, Lembaga Lada Malaysia (MPB), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) terus mempergiatkan usaha ke arahmeningkatkan keluasan tanaman lada dengan pada masa yang sama mengutamakan kepentingan dan manfaat kepada para pekebun lada.Ini adalah termasuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran lada serta mentransformasi struktur pengeluaran dari pengeluaran bahan mentah kepada pengeluaran produk tambah nilai melalui kaedah pembangunan modal insan di kalangan pekebun.
  1. Seperti mana komoditi lain, matlamatindustri lada bukan saja tertumpu kepada eksport lada mentah akan tetapidengan mentransformasikan lada mentah kepada produk yang mempunyai tambah nilai yang tinggi bagi meningkatkan penggunaan lada di peringkat domestik mahupun antarabangsa dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pasaran antarabangsa. Selain itu, produk-produk lada keluaran MPB juga dipasarkan di pasaran tempatan atas jenama SARASPICE. Saya juga amat menghargai sokongan daripada PKS yang telah banyak membantu industri ini dengan mempelbagaikan kegunaan lada melalui penghasilan produk-produk baru. Untuk makluman, MPB kini juga dalam proses mengkaji penjenamaan lada Malaysia. Dengan dasar dan kepimpinan di peringkat kementerian, saya percaya usaha untuk meningkatkan daya saing dan kemampanan industri lada dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Hadirin yang saya hormati,

  1. Usaha dalam bidang penyelidikan juga giat dijalankan bagi meluaskan rangkaian produk lada dengan menggalakkan pengeluaran produk-produk baru untuk memenuhi keperluan pasaran khusus. Antara produk-produkyang menjadi sasaran adalahCreamy White Pepper, Extra Bblack pepper dan lada hijau dehidrasi. Farmaseutikal dan produk minyak wangi adalah antara produk yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan. Selain itu, lada dijadikan ramuan dalam kebanyakan bahan-bahan makanan selain digunakan dalam masakan.Digunakan sebagai bahan pengawet, sudah tentu terdapat ciri-ciri lain dalam lada yang masih boleh diterokai.
  1. Justeru, penglibatan syarikat-syarikat swasta serta usahawan-usahawan PKS amat digalakkan untuk membangunkan produk berasaskan lada dengan menggunakan teknologi baru yang mampu menghasilkan produk yang halal dan berkualiti tinggi untuk pasaran eksport. Dari segi peranan dalam menyokong aktiviti tambah nilai ini, MPB menawarkan latihan pemindahan teknologi bagi produk-produk makanan berasaskan lada secara percuma. Melalui sesi latihan berkenaan, syarikat ataupun usahawan PKS diberi nasihat teknikal bagi membantu dalam mengkomersilkan produk mereka.

Hadirin yang saya hormati,

  1. Pelaburan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia.Sumber utama pelaburan negara pada masa sekarang adalah dalam industri makanan untuk bahan perisa dan perasa. Pihak MPB amat terharu di atas hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal di dunia sekaligus memberi manfaat dari segi penggunaan lada dalam negara dalam industri pemprosesan Berdasarkan situasi ini, industri lada secara tidak langsung menyumbang kepada pelaburan negara dengan penubuhan kilang-kilang pemprosesan makanan yang kebanyakannya menggunakan lada sebagai ramuan dalam produkmakanan.
  1. Harapan saya agar lebih ramai penyertaan terutama sekali generasi muda dalam meneroka peluang-peluang perniagaan yang ada dalam sektor lada. Saya yakin para generasi muda ini mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan pemikiran yang inovatif dalam mencipta tambah nilai berasaskan lada. Oleh sebab itu, sempena Pepper Day kali ini, kita telah menganjurkan pertandingan Junior Chef bagi mencungkil bakat-bakat generasi muda dalam menghasilkan resipi hidangan baru mengunakan produk-produk lada sekaligus membantu dalam meningkatkan penggunaan lada negara.
  1. Saya juga amat mengalu-alukan pengunjung-pengunjung di pusat membeli-belah untuk bertandang ke tapak pameran bagi memeriahkan lagi suasana program Pepper Day ini. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dan bakal dilaksanakan sepanjang berlangsungnya program ini selama tiga (3) hari bermula dari 22 – 25 Mei 2014.
  1. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam program ini, seluruh jawatankuasa, para tetamu jemputan, peserta kursus dan pengendali pameran yang telah sudi hadir ke majlis perasmian ini. Sokongan padu semua pihak amat penting dalam usaha kerajaan memacu dan mentransformasikan industri lada Malaysia kearah yang lebih dinamik dan kompetitif menjelang tahun 2020.

Sekian, terima kasih.