Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

TALKING POINTS KETUA PENGARAH LEMBAGA LADA MALAYSIA PERHIMPUNAN BULANAN MPB BIL. 1/2016

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
 
B.     EKTRAK DARIPADA TEKS AMANAT MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI PADA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.1/2016 DI DEWAN SERBAGUNA MPIC BERTARIKH 5 JANUARI 2016.
2.      Dalam teks amanatnya, YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah merakamkan beberapa kejayaan dalam peningkatan eksport beberapa komoditi utama negara termasuk eksport lada dari RM343.5 juta kepada RM432.6 juta iaitu peningkatan sebanyak 25.9% bagi tempoh Januari hingga Oktober 2015 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014.
 
C.     PERLAKSANAAN PERBELANJAAN SECARA OPTIMUM
3.      Turut dicadangkan agar semua agensi di bawah Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi melaksanakan langkah-langkah konkrit untuk mengoptimumkan Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) selaras dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar pada tahun 2016.
4.      Pelaksanaan program dan projek hendaklah menepati prinsip value for money, low cost dan high impact dengan pelaksanaan pengurusan nilai dan pendekatan blue ocean strategy melalui pemantapan sinergi antara agensi bagi memastikan pengurusan sumber yang optimum.
5.      Selain itu, perancangan projek perlu diperkukuh dan kecekapan pelaksanaan perlu dipertingkatkan serta pemantauan dan penilaian perlu ditambah baik. Melalui usaha ini, adalah disarankan agar key performance index RMKe-11 bagi pengurusan projek dapat dicapai iaitu 90% daripada projek yang dilaksana dapat disiapkan mengikut kos, kualiti, outcome dan tempoh masa yang ditetapkan dan 95% peruntukan pembangunan dapat dibelanjakan.
D.     DASAR KOMODITI NEGARA (DKN)
6.      Kajian semula Dasar Komoditi Negara (DKN) akan dibentang oleh Jemaah Menteri bagi memuktamadkan halatuju dasar dan sasaran baharu bagi sektor komoditi negara. Berdasarkan keadaan semasa, dasar dan strategi-strategi perlu bersifat game-changer serta mampu menghadapi pasaran antarabangsa yang dinamik serta arus perubahan sains dan teknologi bagi mencapai produktiviti yang tinggi dan mencipta produk bernilai tambah tinggi yang inovatif.
7.      Transformasi perlu dibuat ke arah industri yang mesra alam, menyokong pertumbuhan hijau dengan menggunapakai konsep penggunaan dan pengeluaran mampan. Memberi keutamaan terhadap langkah proaktif dalam pelaksanaan skim pensijilan dan penetapan piawaian yang lebih tinggi daripada piawaian antarabangsa ke arah peningkatan daya saing produk-produk komoditi negara khususnya dalam industri lada negara.
8.      Setiap warga MPB perlu memberikan komitmen yang padu dalam mencapai sasaran-sasaran baru yang akan ditetapkan kelak dalam DKN tersebut. Dalam hal ini, kita perlu berfikir bukan lagi di luar kotak tetapi dalam kotak yang baharu, yang membolehkan kita menjana idea yang lebih inovatif dan tidak terlalu selesa atau complacent dengan tahap pencapaian dan sasaran yang hampir sama setiap tahun.
9.      Mengurangkan karenah birokrasi dan menambah baik proses penyampaian bagi meningkatkan kepantasan bertindak. Kita perlu memperluas jangkauan perkhidmatan bersama rakyat dan media bagi menjadikan MPB lebih berketrampilan ataupun visible melalui platform yang telah terbukti berkesan seperti program Hello Komoditi. Agensi juga perlu menitikberatkan penggunaan media sosial bagi memperkukuhkan imej industri komoditi negara. Perkara ini perlu dilaksanakan dengan penuh strategi kerana medium ini berkembang dengan cepat dan pesat.
10.    Penggunaan media sosial Agensi perlu dilaksanakan dengan lebih giat dan bersifat proaktif. Selain untuk mendapatkan maklum balas, engagement terhadap isu-isu yang dibangkitkan di peringkat tempatan dan antarabangsa perlu dilakukan. Kesegeraan dalam perkara ini penting kerana jika kita lambat memberi maklum balas, kita akan memberi persepsi yang tidak baik terhadap perkhidmatan awam.
 
E.     HAL-HAL LAIN
11.    LAWATAN KETUA SETIAUSAHA MPIC KE MPB
i.             Yang Berbahagia Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Ketua Setiausaha MPIC akan mengadakan lawatan kerja ke MPB pada 18 Januari 2016 (Isnin).
ii.            Gotong-royong persiapan lawatan kerja KSU akan diadakan pada 14 Januari 2016 (Khamis) dan 15 Januari 2016 (Jumaat). Semua Bahagian/Cawangan/Unit diminta untuk memberikan kerjasama sewajarnya khususnya di kawasan ibu pejabat MPB, Kilang dan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Industri Lada Negara di Semonggok.
 
12.    PENGISIAN JAWATAN MELALUI PERLANTIKAN SECARA HAKIKI
Bagi pegawai dan kakitangan yang baru mendapat lantikan secara hakiki di MPB pada tahun 2016, kita mengalu-alukan kehadiran anda ke agensi ini. Saya menyeru supaya anda terus menyumbang aktif serta berusaha gigih untuk bersama mencapai matlamat agensi.
 
13.    PENGUMUMAN MENGENAI PENGURNIAAN KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N) KEPADA TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
         Penerima:     En. Philip Gaweng, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan
         Gelaran:       Kesatria Mangku Negara (K.M.N)
      Pengurnia:    Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al- Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong Tarikh:           22 Disember 2015
 
14.    PENGHARGAAN KEPADA KAKITANGAN YANG TELAH BERSARA
         Nama:                     Encik Andrew Aji
         Jawatan terakhir:   Pembantu Penyelidik, Q22
         Penempatan:         Cawangan Sarikei
MPB mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada MPB selama lebih kurang 37 tahun perkhidmatan dan selamat maju jaya dalam apa jua perancangan beliau pada masa hadapan.
 
15.    PROGRAM YANG TELAH DISERTAI OLEH MPB:
         i.             Program Sejiwa Senada yang telah diadakan di Miri pada 8 sehingga 10 Januari 2016 .
         ii.            Program Transformasi Masyarakat Desa telah diadakan di Tebedu, Serian pada 19 Disember 2015.
 
16.    UCAPAN TAHUN BARU 2016 DAN SELAMAT TAHUN BARU CINA
         Masih belum terlewat untuk MPB mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada warga kerja MPB dan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada warga kerja MPB yang beragama Buddha.