Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA ENCIK PHILIP GAWENG TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) LEMBAGA LADA MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PENGHARGAAN DAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI MPB TAHUN 2016

TEKS UCAPAN
 
YANG BERUSAHA ENCIK PHILIP GAWENG
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
LEMBAGA LADA MALAYSIA
SEMPENA MAJLIS PENGHARGAAN DAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI MPB TAHUN 2016
DI HOTEL IMPERIAL, KUCHING
PADA 29 JULAI 2016 (JUMAAT)
  1. i)Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong
Mantan Pengerusi Lembaga Lada Malaysia
Merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK)
  1. ii)Ahli – Ahli Lembaga Pengarah
Yang terdiri daripada:-
  1. 1)Encik Tan Beng Swee
Wakil Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC)
  1. 2)Puan Roslinda Bt. Ulang
Wakil Kementerian Kewangan
  1. 3)Encik Ravi A/l Muthayah
Wakil Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
  1. 4)Encik Bernard Aggan Assan
Wakil Industri Lada
  1. 5)Encik Chai Chiu Khin
Wakil Industri Lada
  1. 6)
Wakil Pembangunan Industri Lada, dan
  1. 7)Encik Ewon Benedick
Wakil Pembangunan Industri Lada
  1. iii)Yang Berbahagia Dato Grunsin Ayom
Mantan Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia dan Isteri, Datin Doris Ukun
  1. iv)Yang Berbahagia Dato’ Stanley Tan
Pengarah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Negeri (KPDNKK) Sarawak
  1. Pengarah – Pengarah Kanan, Pengarah Wilayah, Ketua Pejabat Cawangan (KPC), dan seluruh warga kerja Lembaga Lada Malaysia yang dihormati sekalian.
  1. Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan saya dengan hormatnya mengalu – alukan YB Dato’, YBhg. Dato, tuan – tuan dan puan – puan ke Majlis Penghargaan dan Ramah Tamah Aidilfitri Lembaga Lada Malaysia (MPB) 2016.
  1. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai dan kakitangan MPB beragama Islam yang merayakannya.
YB Dato’/YBhg. Dato’ tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
  1. Malam ini bukanlah seperti majlis makan malam yang biasa, sebaliknya malam ini akan turut diadakan Majlis Anugerah Pengiktirafan Dalaman MPB yang merangkumi Anugerah Perkhidmatan Setia dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
  1. Malam ini menjadi lebih istimewa kerana kita turut meraikan tetamu kehormat pada malam ini iaitu YB Dato’ Henry Sum Agong, mantan Pengerusi Lembaga Pengarah MPB. Anak jati Lun Bawang yang berasal dari Lawas, Sarawak dan merupakan Ahli Parlimen P.193 Bukit Mas untuk tempoh dari 1999 hingga 2008 sebelum beliau memegang kerusi P.222 Lawas pada tahun 2008 sehingga sekarang.
  1. Pada 1 Julai 2013, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi kepada Lembaga Pengarah MPB untuk tempoh dua tahun sebelum tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi MPB disambung pada 1Julai 2015. Tanggal 28 Jun 2016 pastinya menjadi detik manis buat beliau kerana telah diberi kerpercayaan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK), sekaligus menjadikan beliau sebagai pemimpin berbangsa Lun Bawang pertama yang dilantik menjadi timbalan menteri dalam kabinet persekutuan.
  1. 6)Mengimbas kembali perjalanan beliau sepanjang bersama MPB, banyak sumbangan dan jasa yang telah diberikan oleh beliau. Dan tidak dinafikan, beliau juga adalah seorang pemimpin yang bermurah hati. Pada tahun 2013 dan 2014, beliau telah menyumbangkan masing – masing sebanyak RM10,000 dan RM 20,000 kepada MPB sebagai tujuan membeli peralatan dan instrumen muzik. Berkat sumbangan dari YB Dato’ tersebut, maka telah tertubuhnya sebuah kumpulan kugiran MPB iaitu “Lada Rocks” yang menghiburkan kita pada malam ini.
  1. Kemudian pada tahun 2015, sekali lagi YB Dato’ Henry telah bermurah hati dengan menyumbangkan RM30,000 kepada Kelab Sukan dan Sosial MPB (KESUDA). Tahun ini iaitu semasa Majlis Pra Gawai MPB yang diadakan pada bulan Mei 2016 yang lepas, beliau telah mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM11,000 yang diberikan kepada KESUDA. Maka secara keseluruhannya, beliau telah menyumbangkan sebanyak RM71,000 kepada MPB sepanjang tempoh beliau menjadi Pengerusi MPB.
  1. Maka, kami di MPB amat bertuah kerana mempunyai seorang pengerusi yang sangat prihatin terhadap keperluan kami dan sumbangan serta usaha dari YB Dato’ tersebut sesungguhnya amat kami sanjungi.
YB Dato’/YBhg. Dato’ tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
  1. Kita di Lembaga Lada Malaysia amat bertuah kerana semua pegawai dan kakitangan dapat bekerja dalam suasana harmoni di bawah satu bumbung walaupun kita terdiri daripada pelbagai etnik yang ramai. Kepelbagaian inilah yang menjadikan organisasi Lembaga Lada Malaysia unik dengan cara yang tersendiri dan bersatu tanpa mengira keturunan dan perbezaan agama.
  1. Perkara ini dibuktikan melalui sambutan perayaan yang pelbagai di Lembaga Lada Malaysia seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas dan Gawai Dayak. Dan setiap kali tibanya musim perayaan, KESUDA turut tidak ketinggalan mengadakan majlis ramah tamah sepertimana pada malam ini.
  1. Sesungguhnya, melalui penganjuran majlis seperti ini sillahturahim antara Pengerusi, Lembaga Pengarah, pegawai atasan dengan kakitangan–kakitangan MPB dapat dieratkan dan persefahaman juga dikukuhkan. Sehubungan itu, saya dan ahli jawatankuasa penganjur amat mengalu – alukan dan menghargai kehadiran YB Dato’/ YBhg Dato dan Ahli Lembaga Pengarah ke majlis pada malam ini.
YB Dato’/YBhg. Dato’ tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
  1. Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) merupakan satu bentuk pengiktirafan daripada pihak Pengurusan MPB atas sumbangan, bakti dan kesetiaan warga kerja MPB yang telah berkhidmat sekurang – kurangnya selama 25 tahun dalam jawatan tetap. APS ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-
  1. Anugerah Perak – diberikan kepada warga MPB yang telah berkhidmat sekurang – kurangnya selama 25 tahun
  2. Anugerah Emas – diaunguerahkan kepada kakitangan MPB yang telah berkhidmat selama 30 tahun
  3. Anugerah Platinum – dianugerahkan kepada kakitangan MPB yang telah berkhidmat selama 35 tahun
Pada kali ini, seramai 23 orang pegawai dan kakitangan MPB telah dipilih untuk menerima penganugerahan tersebut.
  1. Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pula, ia diberikan kepada pegawai dan kakitangan MPB yang layak berasaskan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Untuk tahun ini, seramai 27 orang penerima anugerah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MPB yang layak medapat pengiktirafan tersebut.
  1. Justeru, pengiktirafan seperti ini adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi serta wajar diteruskan kerana ia adalah motivasi dan pembakar semangat kepada kakitangan untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang bukan sahaja kepada agensi, tetapi juga kepada industri komoditi sekaligus menjadi contoh kepada kakitangan yang lain.
YB Dato’/ YBhg. Dato, tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
  1. Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada bakal penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada kali ini. Semoga anugerah tersebut menjadi pemangkin untuk sama – sama menyumbang bakti kepada agensi. Tahniah kepada YB Dato’ Henry Sum Agong di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK). Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Yang Berbahagia Dato Grunsin Ayom di atas pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Akhir kata, semoga pertalian antara kita semua akan sentiasa erat walau dimana jua kita bertugas. Saya berharap agar penganjuran majlis seumpama ini di MPB dapat diteruskan pada masa hadapan demi mengekalkan silaturahim sesama kita.
Sekian, terima kasih.
 
YBRS. ENCIK PHILIP GAWENG
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
LEMBAGA LADA MALAYSIA
29 JULAI 2016