Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

KENYATAAN MEDIA YB DATUK DATU NASRUN BIN DATU MANSUR TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016 LEMBAGA LADA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
YB DATUK DATU NASRUN BIN DATU MANSUR
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016

LEMBAGA LADA MALAYSIA

6 JUN 2017

 

HOTEL IMPERIAL, KUCHING, SARAWAK

  • Pada petang ini saya telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang bertempat di Hotel Imperial, Kuching, Sarawak.
  • Majlis yang diadakan secara tahunan ini adalah bertujuan untuk meraikan pegawai-pegawai cemerlang MPB dengan mengiktiraf sumbangan dan perkhidmatan mereka. Harapan saya agar mereka terus mengekalkan momentum dan prestasi yang cemerlang di samping memberi motivasi dan menyuntik semangat warga kerja MPB yang lain untuk memajukan organisasi khususnya dan industri lada amnya.
  • Pada tahun 2016, nilai eksport lada adalah berjumlah RM490.2 juta berbanding RM513.9 juta pada tahun 2015 disebabkan pengeluaran yang tinggi di luar jangkaan oleh negara Vietnam. Jepun merupakan destinasi eksport utama pada tahun 2016 iaitu sebanyak 25.7% atau RM142.9 juta. Destinasi utama lain bagi eksport lada Malaysia ialah ke negara Korea Selatan, Taiwan, Singapura, dan China. Adalah dianggarkan seramai 67,304 orang pekebun terlibat dalam penanaman lada yang mana 95 peratus daripadanya adalah golongan Bumiputera.
  • Kerajaan sememangnya menghargai usaha, penat lelah dan sumbangan pekebun kecil dalam memajukan industri lada negara dan oleh sebab itu, Kerajaan telah menyediakan tiga (3) inisiatif untuk mempertingkatkan pendapatan para pekebun lada melalui MPB iaitu:
  • Skim Tanaman Baharu Lada;
  • Skim Peningkatan Kualiti Peringkat Ladang; dan
  • Skim Usahawan Keratan & Usahawan Jual Beli
 
Bagi tahun 2016 dan 2017, dana berjumlah RM16.8 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan skim bantuan tersebut di Sarawak.
  • Saya turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 dan Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) 2017 kepada 55 orang penerima yang terdiri daripada 25 orang penerima APC yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2016 dan 30 orang penerima APS yang merupakan kakitangan yang telah mencurahkan bakti selama 25 tahun dan ke atas dalam industri lada.
  • Semoga pengiktirafan seumpama ini akan memberi suntikan semangat dan motivasi kepada warga MPB agar terus mengekalkan prestasi yang cemerlang, komitmen yang tinggi dan mampu membuat penambahbaikan yang sewajarnya demi kecemerlangan MPB. Pengiktirafan ini juga seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga MPB untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada golongan sasar.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
6 Jun 2017