Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI WILLIAM MAWAN IKOM PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA SEMPENA PROGRAM JELAJAH SARAWAK – JOM TANAM LADA PERINGKAT DAERAH PAKAN DI RH. GEROGE AK CHUNGUT, NANGA NANSANG, PAKAN

KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI WILLIAM MAWAN IKOM
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
SEMPENA PROGRAM JELAJAH SARAWAK – JOM TANAM LADA PERINGKAT DAERAH PAKAN
 
DI RH. GEROGE AK CHUNGUT, NANGA NANSANG, PAKAN
 

26 OKTOBER 2017


 

  • Sebentar tadi saya telah merasmikan Program Jelajah Sarawak – Jom Tanam Lada Peringkat Daerah Pakan. Program yang diadakan buat pertama kalinya di rumah panjang George Ak Chungut ini adalah sama dengan Program Jom Tanam Lada yang telah diadakan dengan jayanya di Bahagian Sri Aman, Betong, Lahad Datu di Sabah dan juga di Semenanjung Malaysia.
  • Saya berasa amat bangga melihat kerjasama yang telah diberikan oleh penduduk di rumah panjang ini dalam memastikan program pada hari ini berjalan dengan lancar. Saya turut berbesar hati melihat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk – penduduk rumah panjang terutama dari Daerah Pakan untuk bersama – sama memeriahkan program pada hari ini.
  • Penubuhan MPB yang bermula sebagai Jemaah Pemasaran Lada Hitam selama sedekad ini tidak dinafikan memberi banyak manfaat kepada para penanam lada khususnya di Sarawak melalui peranan dan fungsinya dalam menjalankan aktiviti pemasaran, penanaman serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan komoditi lada seiring dengan usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk di luar bandar.
  • Daerah Pakan merupakan antara daerah yang banyak menanam lada dengan keluaran sebanyak 3,490 tan metrikpada tahun 2016 dengan nilai RM108 juta yang melibatkan keluasan tanaman lada sekitar 1,958 hektar. Para pekebun lada di Pakan pula telah mencecah seramai 5,800 orang bagi tahun yang sama. Maka, tidak hairanlah sekiranya tuan – tuan dan puan – puan dapat melihat kecantikan dan keindahan kebun – kebun lada banyak tertumpu di kawasan ini kerana ia telah dijaga dan diselenggara dengan baik oleh pemiliknya.
  • Sehubungan itu, MPB akan terus memandang ke hadapan dan bergerak berpandukan matlamat strategik yang telah digariskan sebelum ini sekaligus menggalakkan lebih ramai golongan sasaran untuk mengusahakan tanaman lada dengan lebih giat lagi lantaran menjadikan tanaman lada sebagai pilihan utama para pekebun kecil yang lain.
  • Selepas itu, saya turut berkesempatan menyampaikan Anugerah Usahawan Peraih Lada kepada Encik Ladin Sebang @ Edward dari Rh. Nyuka, Lubuk Lemba, Ulu Sarikei dan Anugerah Usahawan Keratan Lada kepada Encik Langi Ak Sliong yang berasal dari Rh. Limbang, Bt.5, Jalan Entabai, Sarikei. Sijil Penghargaan turut diberikan kepada seramai enam belas (16) orang Pekebun Lada Aktif Sarikei bagi tahun 2016.
  • Simbolik Bantuan Skim Tanaman Baharu Lada Tahun 2018 turut saya sampaikan sebentar tadi kepada beberapa orang pekebun lada di Rh. George ak Chungut. Siri Program Jelajah Sarawak - Jom Tanam Lada Peringkat Daerah Pakan pada kali ini diakhiri dengan simbolik penanaman lada di perkarangan rumah panjang George Ak Chungut. Rumah panjang ini merangkumi 35 pintu / ruang bilik dimana 40 orang penduduk mengusahakan tanaman lada dengan keluasan sekitar 8.7 hektar yang ditanam dengan 17,500 pokok lada matang dan baharu. Dianggarkan pada tahun 2016 sahaja, penggeluaran lada daripada rumah panjang ini adalah sebanyak 43 tan metrik.
  • Saya berharap agar program jelajah seumpama ini akan diteruskan di masa hadapan serta diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri Sarawak supaya masyarakat berpeluang untuk memahami peranan dan fungsi MPB dalam memajukan industri lada negara.
 
Pengerusi Lembaga Lada Malaysia
26 Oktober 2017