Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

PERKHIDMATAN

​​Aplikasi Mudah Alih​KeteranganMuat Turun
DR.LADA
Aplikasi Mudah Alih Bagi Tanaman Lada Hitam
logo lembaga lada malaysia mpb
Aplikasi Dr.Lada membolehkan pengguna untuk mengenalpasti penyakit dan serangga perosak lada berdasarkan simptom dan seterusnya mengesyorkan rawatan yang sewajarnya. Aplikasi ini mengandungi maklumat gambar, simptom dan kawalan bagi 10 jenis penyakit dan 6 jenis serangga perosak lada. Maklumat lain seperti glosari dan maklumat direktori turut dimasukkan.
 
Aplikasi ini memudahkan pengguna mengaksesnya tanpa batasan lokasi dan masa, mesra pengguna dan dapat digunakan tanpa memerlukan capaian internet. Kelebihan ini membolehkan pekebun kecil mengguna aplikasi ini di kebun atau ladang yang terletak di kawasan pedalaman. Ia dapat membantu khususnya pekebun kecil tanaman lada dalam mencapai maklumat penyakit dan serangga perosak serta jenis kawalan dengan lebih efisien di samping mengurangkan kos dan memperkukuhkan lagi perkhidmatan pengembangan MPB kepada golongan sasaran.
 
Pra-Syarat : Android Smartphone
Cara-cara : Klik pada logo Android untuk ke laman Google Play Store. Kemudian klik dua kali pada aplikasi untuk install.
Harga Harian Komoditi

Aplikasi ini memaparkan Harga Harian bagi Komoditi Utama Malaysia iaitu kelapa sawit, getah, koko, lada dan kenaf

Pra-Syarat : Android Smartphone
Cara-cara : Klik pada logo Android untuk muat turun. Kemudian klik dua kali pada aplikasi untuk install.

 MY SMS Untuk Harga Belian Lada MPB
 
TAIP: MPB  HARGA  BELIAN dan hantar ke 15888
 
 
 
 

PENGENALAN

Bahagian Tanaman, Pengembangan dan Penggiat Industri bertanggungjawab untuk meningkatkan penglibatan orang ramai dalam bidang keusahawanan lada. Bahagian ini terdiri daripada tiga cawangan utama iaitu Cawangan Tanaman, Cawangan Pengembangan dan Cawangan Penggiat Industri.
 

MATLAMAT

Meningkatkan keluasan tanaman dan produktiviti melalui pemberian input pertanian, aktiviti pengembangan serta menggalakkan pekebun menceburi bidang keusahawanan.
 

Pembangunan Penanaman Lada

 

Fungsi

  • Merancang, melaksana, menyelia, memantau dan menilai Program Pembangunan Penanaman Lada
  • Merancang, melaksana, menyelia, memantau dan menilai pelaksanaan Projek Peningkatan Kualiti Lada Di Peringkat Ladang
  • Merancang, melaksana, menyelia, memantau dan menilai pelaksanaan Program 1 AZAM (Azam Tani) di Sarawak
  • Merancang, menyelaras, mengurus, menyelia, melaksana dan menilai proses perolehan dan pengagihan input pertanian.

Aktiviti

  • Pembangunan Tanaman Lada (Penubuhan Kebun Lada)
  • Projek Peningkatan Kualiti Lada Di Peringkat Ladang
  • Program 1AZAM (Azam Tani) di Sarawak
  • Perolehan Input Pertanian

Penggiat Industri

Fungsi

  • Merancang, melaksana, menyelia dan memantau serta menyediakan latihan dan bimbingan untuk Projek Pembangunan Usahawan Urusniaga Jual Beli Lada, Pemerkasaaan Ekonomi Bumiputera dan Pengeluaran Keratan
  • Merancang, mencadang dan memantau pelaksanaan Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian Komoditi Lada
  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Skim Pemilikan dan Penyimpanan Lada (SPPL) dan Pasaran Hadapan Fizikal (PHF)

Aktiviti

  • Projek Usahawan Urusniaga Jual Beli Lada
  • Projek Usahawan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
  • Projek Usahawan Pengeluaran Keratan Lada
  • Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian Komoditi Lada (JLPK)
  • Skim Pemilikan dan Penyimpanan Lada (SPPL)
  • Pasaran Hadapan Fizikal (PHF)

Pengembangan Pertanian

Fungsi

  • Merancang, menganjur, membimbing, melaksana, menyelaras dan menilai aktiviti pengembangan
  • Menggalakkan pengusaha tanaman lada mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan mematuhi syor-syor dalam Manual Teknologi Penanaman Lada
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti pameran pembangunan

Aktiviti

  • Melaksanakan Projek Pengembangan Pertanian melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:
    • Penganjuran Kursus Teknologi Pengeluaran Lada (KTPL)
    • Penganjuran Kursus Pengeluaran Keratan Lada (KPKL)
    • Kunjungan Nasihat Di Kebun (Farms Advisory Visits)
    • Latihan In-situ
    • Lawatan Pembelajaran Petani
    • Seminar/Persidangan / Ceramah
    • Pameran Pembangunan
  • Menggalakkan pekebun mempraktikkan Amalan Pertanian Baik (GAP)
  • Kawalan Penyakit & Perosak Tanaman

Maklumat lanjut sila hubungi :
Encik Unjah Anak Awit
Pengarah
 
Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
Tel : 082-368034

Email :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PENGENALAN

Bahagian Ekonomi, Pemasaran dan Perhubungan terlibat dalam aktiviti merancang, menyelia, menjalankan dan memantau program galakan pasaran dalam dan luar negeri, maklumat pasaran dan kawal selia pasaran untuk industri lada di Malaysia.
 

MATLAMAT

Mempertingkatkan pemasaran dan kawal selia pasaran bagi memperkasakan industri lada Malaysia.
 

FUNGSI

  • Ekonomi, Pemasaran, Statistik & Maklumat Pasaran
  • Galakan Pasaran Dalam & Luar Negara
  • Perhubungan Antarabangsa
  • Kawal Selia Pasaran

AKTIVITI

  • Mengumpul, mengendali, menganalisa, memproses serta menyebarkan data-data statistik dan maklumat-maklumat berkaitan industri lada untuk Kementerian/Lembaga/industri dan pihak-pihak tertentu yang memerlukannya.
  • Menyelaras, mengadakan atau menyertai aktiviti-aktiviti galakan, promosi pasaran untuk mempromosi dan meningkatkan penggunaan lada Malaysia di dalam dan luar negeri.
  • Menghadiri mesyuarat IPC, Mesyuarat Bilateral ASEAN, menyediakan ringkasan dagangan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan industri lada
    Menjalankan aktiviti-aktiviti penggredan lada serta mengawal selia kegiatan pasaran untuk meperluaskan dan menambahbaik amalan sihat pasaran diperingkat peraih, pengeksport dan di semua saluran pasaran dalam negeri.
    Maklumat lanjut sila hubungi :
    Puan Jenny George
    Pengarah Kanan
     
    Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
    Tel : 082-362696

    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Menjalankan aktiviti perdagangan lada dengan memberi perkhimatan yang cekap kepada pelanggan serta menawarkan produk berkualiti kepada pasaran lada dengan matlamat mewujudkan industri lada yang mampan dan bernilai tinggi

MATLAMAT

Meningkatkan kecekapan perdagangan lada ke arah kemampanan industri lada negara
 

FUNGSI

  • Menjalankan aktiviti pembelian lada dengan menawarkan pasaran alternatif kepada penggiat industri.
  • Menjalankan aktiviti jualan eksport produk pukal dan runcit untuk pasaran dalam dan luar negara.
  • Menjalankan aktiviti pengurusan stok dan stor perdagangan

PEMBELIAN LADA

Melalui aktiviti pembelian lada, MPB menawarkan pasaran alternatif kepada penggiat industri lada seperti berikut:
  • Pekebun
  • Usahawan
  • Pertubuhan Peladang Kawasan
  • Peraih/Pelesen
Pembelian lada oleh MPB dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
  • Pembelian di Ladang
MPB membuat pembelian secara terus ke premis pekebun
  • Pembelian Setempat
Pekebun membawa hasil lada ke premis MPB untuk di jual

JUALAN LADA

MPB menjalankan aktiviti jualan lada pukal dan runcit dengan menawarkan produk lada berkualiti pada harga yang kompetitif.

JUALAN PUKAL

MPB menjual lada secara pukal di pasaran dalam dan luar negeri. Lada yang dijual secara pukal dibungkus menggunakan polywoven bag (50 kg) atau kraft paper bag (20/25 kg) bergantung kepada permintaan pengimport/pembeli.

JUALAN RUNCIT

MPB menghasilkan jenama runcit produk lada berasaskan makanan dan bukan makanan yang dikenali sebagai jenama Saraspice. Produk-produk Saraspice boleh didapati di MPB Kuching dan ‘outlet’.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Cik Catherine Anak Umbit
Pengarah Kanan
 
Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
Tel : 082-488050 

Email :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Subcategories

SKIM BANTUAN
SKIM BANTUAN