Laporan Pasaran Lada (3.12.2016)

Pasaran domestik lada menunjukkan prestasi yang berbeza-beza dalam minggu ini.
 
Harga
  • Harga lada hitam dan putih tempatan di Vietnam masing-masing telah mencatatkan harga sebanyak VND 128.500 per kilogram dan VND 177.500 per kilogram sepanjang minggu tersebut. Walaubagaimanapun, jika dibandingkan dengan harga purata pada minggu sebelumnya, harga lada hitam telah menunjukkan penurunan sebanyak 3%. Bagi lada putih pula, harga masih kekal stabil.
  • Penurunan harga sedikit juga dicatatkan di Lampung, Indonesia iaitu sebanyak 2%; sementara harga di Sri Lanka telah menurun sebanyak 1% dan begitu juga di India.
  • Sementara di Sarawak, harga tempatan lada hitam telah meningkat sebanyak 6% manakala lada putih pula telah meningkat sebanyak 4% berbanding purata hargayang dicatatkan pada minggu lepas iaitu masing – masing pada harga US$4,138 per metrik tan untuk lada hitam dan US$6,710 per metrik tan untuk lada putih.
  • Dari segi harga FOB pula, harga lada hitam di Vietnam turut mencatatkan penurunan sebanyak 3% manakala harga FOB lada putih adalah kekal stabil.
Dikemaskini pada: 24 Januari 2017
Sumber: International Pepper Community (IPC)