Laporan Pasaran Lada Dunia (02-06 Januari 2017)

Keadaan pasaran menjadi perlahan ekoran daripada “mood” bercuti yang telah tiba pada minggu lepas. Pasaran tidak banyak berubah dengan aktiviti yang terhad setelah memasuki tahun 2017.
 
Harga
  • Di India, Indonesia dan Malaysia, harga tempatan lada adalah agak stabil manakala di Vietnam dan Sri Lanka, harga telah menunjukkan peningkatan yang sedikit. Harga FOB di Vietnam pula dilaporkan stabil.
  • Pada tahun 2017, harga lada dijangka akan kekal pada paras yang tinggi. Namun begitu, dalam jangka masa pendek, pasaran komoditi dilihat akan bergantung kepada perkembangan yang berlaku di India dan Vietnam yang di mana musim penuaian lada di kedua – dua negara ini akan bermula tidak lama lagi.
  • Peningkatan harga ini merupakan satu petunjuk yang baik di mana ia berlaku hampir setiap minggu dalam minggu tersebut. Secara puratanya, harga lada di India adalah agak stabil sementara di Sri Lanka pula, peningkatan harga telah dicatatkan.
  • Dalam tahun 2016, harga lada telah mengalami trend yang menurun setelah mencatatkan harga yang tertinggi dalam tahun 2015. Harga lada yang tinggi telah dicatatkan di New York pada bulan Julai 2015, iaitu US$11.33 per kilogram untuk lada hitam dan US$16.50 per kilogram untuk lada putih.
  • Pada Disember 2016, harga tersebut kemudiannya telah menurun masing – masing ke paras US$7.98 per kilogram untuk lada hitam dan US$11.69 per kilogram untuk lada putih. Walaupun harga tersebut masih berada pada tahap yang baik, tetapi ia tetap telah menunjukkan penurunan sebanyak 29% daripada harga yang tinggi yang dicatatkan pada tahun 2015.
Dikemaskini pada: 9 Januari 2017
Sumber: International Pepper Community (IPC)