Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

Pertanyaan mengenai prosidur untuk menjadi pengusaha lada kecil-kecilan

Salam Sejahtera,
 
Encik Wan Izwan,
 
Terima kasih kerana melayari laman web www.mpb.gov.my

Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel encik yang berminat untuk menjadi pengusaha lada kecil-kecilan. Boleh saya tahu encik berminat untuk menanam lada atau menjual produk lada? Kalau encik berminat untuk menanam lada, encik boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Tanaman,Pengembangan Pekebun & Penggiat Industri di talian 082-364487. Manakala pula kalau encik berminat untuk menjual produk lada, encik boleh menghubungi pegawai kami di Unit Saraspice di talian 082-488204 untuk mendapatkan khidmat nasihat atau maklumat lanjut.
 

Harap maklum dan sekian,terima kasih.