Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

Pertanyaan mengenai lada perdu

Salam sejahtera,
Terima kasih kerana melayari laman web www.mpb.gov.my
 
Dengan hormatnya merujuk kepada pertanyaan puan yang bertarikh 23 Jun 2017 yang lalu.
2. Untuk makluman puan, dikenalpasti bahawa varieti Lada Perdu adalah berasal dari kawasan Indonesia dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) tidak menyediakan kemudahan membekal keratan lada tersebut kepada para pekebun mahupun orang awam. Namun begitu, MPB masih mengesyorkan varieti lada Kuching, Semenggok Aman dan Semenggok Emas kerana varieti-varieti lada berkenaan sesuai ditanam di Malaysia serta mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit.
 
3. Sebarang maklumat lanjut mengenai tanaman lada atau khidmat nasihat, p[uan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Tanaman, Pengembangan dan Penggiat Industri MPB menerusi talian 082-364487atau 082-362952.

Harap maklum dan sekian, terima kasih.