Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

Pertanyaan mengenai Skim Bantuan Tanaman Lada

Salam Sejahtera,
Puan Julita Ontol,
 
Terima kasih kerana melayari laman web kami di www.mpb.gov.my.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel puan bertarikh 23 Jun 2017 berkaitan permohonan skim bantuan tanaman lada. Untuk makluman, puan boleh mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Input Pertanian seperti yang dilampirkan bersama emel ini. Dimaklumkan juga,pihak MPB ada menyediakan kursus penanaman lada untuk para pekebun.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan bantuan atau khidmat nasihat, puan boleh menghubungi pegawai kami di MPB Cawangan Sabah di talian 088-485237.
 
Harap maklum dan sekian,terima kasih.