Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

Pertanyaan mengenai Skim Tanaman Lada

Salam Sejahtera,
Encik Lau Ngie Teck,
Terima kasih kerana melayari laman web kami di www.mpb.gov.my.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel tuan bertarikh 10 Jun 2017 berkaitan permohonan skim bantuan tanaman lada. Untuk makluman, tuan boleh mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Input Pertanian seperti yang dilampirkan bersama emel ini. Dimaklumkan juga,pihak MPB ada menyediakan kursus penanaman lada untuk para pekebun.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan bantuan atau khidmat nasihat, tuan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Tanaman, Pengembangan Dan Penggiat Industri di talian 082-364487 atau 082-362952.
 
 
Harap maklum dan sekian,terima kasih.