Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

UCAPAN YANG BERHORMAT DATO’ HENRY SUM AGONG PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DALAMAN LEMBAGA LADA MALAYSIA SEMPENA HARI INOVASI 2014 PADA JUMAAT, 26 SEPTEMBER, JAM 7.50 MALAM DI HOTEL SERI SIMANGGANG, SRI AMAN, SARAWAK

TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT DATO’ HENRY SUM AGONG
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DALAMAN
LEMBAGA LADA MALAYSIA SEMPENA HARI INOVASI 2014

PADA JUMAAT, 26 SEPTEMBER, JAM 7.50 MALAM
DI HOTEL
SERI SIMANGGANG, SRI AMAN, SARAWAK

Terima kasih Pengerusi Majlis,
Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas,
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Yang Berbahagia Dato’ Grunsin Ayom,
Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia
Ahli-ahli Lembaga,
Pengarah Kanan dan Pengarah-Pengarah,
Pegawai-pegawai Kanan dan Ketua Pejabat Cawangan,
Rakan-rakan media,
Tuan-tuan dan puan-puan Warga MPB yang saya hormati sekalian.

Selamat Malam, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya dengan penuh takzimnya mengambil kesempatan ini untukmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia yang sudi meluangkan masa untukhadir dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Dalaman MPB.Saya pasti kehadiran YB. Datuk Amar ke majlis ini memberi makna yang sungguh besar serta menjadi perangsang kepada warga kerja MPB untuk terusmeningkatkanproduktiviti ke arah pembangunan industri lada negara.

YB. Datuk Amar, Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,

2.      Pada malam ini, kita akan meyaksikan majlis penganugerahan beberapa anugerah kepada warga kerja Lembaga Lada Malaysia yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka termasuk juga meraikan warga kerja yang telah dan akan bersara. Anugerah-anugerah yang akan disampaikan sebentar nanti adalah:

  1. Anugerah Pengiktirafan Dalaman MPB;
  2. Penghargaan Kakitangan Bersara;
  3. Anugerah Khidmat Setia;
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang;
  5. Penyampaian Piala Kemenangan Konvensyen KIK Peringkat MPIC

3.      Pemberian anugerah dan tanda penghargaan adalah hasil keputusan Ahli Lembaga Pengarah MPB. Ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada warga kerja MPB dan menyanjungi semua sumbangan mereka kepada MPB dan industri lada umumnya.

4.      Pada malam ini, kita akan menyampaikan beberapa anugerah termasuk tanda penghargaan kepada kepada 14 orang warga kerja yang telah dan akan bersara dalam tahun 2014. Selain itu, seramai 86 orang warga kerja yang akan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Setia (MPB) yang terdiri daripada 62 orang yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Setia (Kategori Emas) iaitu warga kerja yang telah berkhidmat selama 30 tahun dan 24 orang yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Setia (Kategori Platinum) iaitu warga kerja yang telah berkhidmat selama 35 tahun.Pada malam ini juga seramai 28 orang kakitangan akan dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang (APC) dan seorang kakitangan akan menerima anugerah khas sebagai menghargai jasa beliau yang telah menabur bakti kepada masyarakat.

5.      Pemberian-pemberian anugerah ini adalah bertujuan untuk menghargai warga kerja kita yang telah mendorong MPB mencapai prestasi yang amat membanggakan. Ini terbukti dengan tercapainya 3 pensijilan ISO, 1 pensijilan HACCP, 1 sijil Halal untuk produk runcit lada dan pengiktirafan Petunjuk Geografi (Geographical Indication atau GI) bagi jenama Lada Sarawak. Untuk makluman YB Datuk Amar, Lada Sarawak adalah produk pertanian Malaysia yang pertama mendapat GI.

6.      Selain itu, berkat usaha gigih dan komitmen tinggi dalam melaksanakan inovasi telah membuahkan hasil apabila pihak MPB telah memenangi 3 kejuaraan dalam KIK peringkat MPIC.

7.      Dengan pemberian anugerah ini juga, saya dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yakin semua warga kerja MPB akan terus menjadi golongan pekerja yang dedikasi, komited dan sentiasa menuju ke arah “High Performance Cultural” selaras dengan saranan pucuk pimpinan negara dan corak pimpinan YB Datuk Amar sendiri.

8.      Saya yakin dengan adanya golongan warga kerja yang bermotivasi tinggi ini, matlamat yang ditetapkan Dasar Komoditi Negara mengenai komoditi lada akan tercapai. Justeru itu, saya bagi pihak semua Ahli-ahli Lembaga Pengarah menyeru kepada semua warga kerja MPB supaya terus menunjukkan prestasi yang tinggi dan melaksanakan inovasi berterusan untuk meningkatkan sistem penyampaian dan juga prestasi industri lada negara pada amnya. Malah budaya inovasi menjadi tumpuan MPB di mana pada keesokan harinya, MPB akan menganjurkan Hari Inovasi yang akan melibatkan keseluruhan warga kerja MPB.

9.      Kejayaan-kejayaan dan prestasi yang saya banggakan ini, tidak akan tercapai tanpa buah fikiran, sokongan dan restu daripada YB. Datuk Amar sendiri dan pengurusan atasan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

10.    Sehubungan itu, saya rasa tidak terlewat bagi saya untuk mengucapkan terima kasih kepada YB. Datuk Amar dan pengurusan MPIC kerana telah memberikan sokongan yang jitu ke atas usaha penyusunan semula organisasi MPB di mana diantara hasilnya ialah penambahan 19 jawatan baru pegawai pengembangan lada dan naik taraf 9 jawatan yang sedia ada dan pengwujudan 21 jawatan fleksi. Ini sudah tentu akan membuka ruang kenaikkan pangkat yang luas kepada penjawat MPB dan mendorong mereka untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

11.    Akhir kata, sekali lagi saya berterima kasih di atas kehadiran YB. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penyampaian Anugerah Dalaman MPB pada kali ini. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah. Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola majlis yang telah berganding bahu dan bekerja keras dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.