Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

TALKING POINTS KETUA PENGARAH LEMBAGA LADA MALAYSIA PERHIMPUNAN BULANAN MPB BIL. 2/2016

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
 
2.      Di kesempatan ini, saya mengalu-alukan kedatangan Pegawai Tugas Khas MPB, En. Larry Sait Muling untuk bersama-sama kita pada perhimpuanan bulanan MPB pada kali ini.
 
B.     EKTRAK DARIPADA KENYATAAN AKHBAR KETUA SETIAUSAHA NEGARA MENGENAI ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN DINILAI MELALUI INSPEKTORAT KHAS BERTARIKH 4 JANUARI 2016.
 
3.      YBhg. Ketua Setiausaha Negara menyatakan bahawa anugerah khas tersebut bertujuan mempertingkatkan tahap keselamatan perlindungan di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi menjaga kerahsiaan dan aset kerajaan supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat
4.      Justeru, Keselamatan perlindungan memerlukan rangkaian sistem yang baik, jalinan kerjasama daripada semua penjawat awam untuk sentiasa peka serta komited memberikan keutamaan bagi mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi di setiap agensi kerajaan.
C.     PEMAKAIAN LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN SECARA BERTERUSAN
5.      MPB telah mengguna pakai langkah-langkah penjimatan yang dalam mengurangkan perbelanjaan pengurusan. Oleh yang demikian, semua pegawai dan kakitangan adalah dipohon untuk terus mengaplikasikan langkah-langkah penjimatan yang telah dipersetujui selaras dengan cadangan dan seruan kerajaan.
6.      Walaubagaimanapun, adalah diingatakan bahawa pemakaian langkah-langkah penjimatan bukan bermaksud mengurangkan mutu perkhidmatan malah terus mengekalkan serta menambahbaik perkhidmatan sedia ada terutama kepada golongan sasaran MPB.
 
7.      Antara langkah-langkah penjimatan yang disarankan oleh pihak kementerian yang boleh diguna pakai di setiap bahagian/cawangan/unit di MPB adalah seperti berikut:
i.          mengurangkan penggunaan kertas dan menutup lampu semasa lunch hour
ii.                     mengurus dan merancang perjalanan luar pejabat seperti menghadiri mesyuarat   atau lawatan bagi memastikan peruntukan sediaada dapat dimanfaat secara optimum,
iii.        menggunakan kemudahan kenderaan pejabat dengan sebaik mungkin bagi mengurangkan kos tuntutan perjalanan
iv.        perlaksanaan NBOS bagi projek pembangunan fizikal tertentu untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan merasionalisasikan subsidi/bantuan input pertanian kepada pekebun kecil agar lebih efeftif
D.     LARANGAN PENGLIBATAN DALAM POLITIK KE ATAS PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTlNGGl DAN PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
 
8.      Adalah diingatkan agar pegawai kumpulan pengurusan tertinggi dan pegawai kumpulan pengurusan dan professional untuk tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang parti politik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya yang akan datang.
9.      Peringatan larangan tersebut adalah dibawah peraturan 21(1), peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
 
E.     PERANAN PENJAWAT AWAM DALAM PENGUKUHAN “FUNDAMENTAL EKONOMI” NEGARA
10.    Sebagai salah satu agensi kerajaan, setiap warga MPB perlu terus menyokong serta memberi sepenuh komitmen dalam mendokong segala hasrat dan perancangan Kerajaan dalam mengharungi apa jua cabaran terutama dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11).
11.    Sehubungan itu, saya juga menyeru agar semua pegawai dan kakitangan MPB di setiap peringkat dan bahagian untuk terus mempertingkatkan kadar kompentensi serta memberi nilai tambah dalam setiap kerja yang dihasilkan.
 
F.   PERINGATAN UNTUK MEMATUHI DASAR SATU CHINA
12.    Kertas kerja “Dasar Satu China” telah disediakan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) yang memaklumkan bahawa Badan-Badan Berkanun di Malaysia tidak dibenarkan membuat sebarang perjanjian dua hala dan pertukaran surat (exchange of letter) dengan Taiwan kecuali atas sebab tertentu dan perlu melalui penilaian KLN serta mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
 
G.   PENGISIAN JAWATAN DENGAN PENGAMBILAN PEGAWAI BARU
13.    Bagi pegawai dan kakitangan baru yang menyertai MPB, kita mengalu-alukan kehadiran anda ke agensi ini. Saya menyeru supaya anda terus menyumbang aktif dan belajar dengan rakan- rakan lama serta berusaha gigih bagi mencapai matlamat agensi.
 
H.     PROGRAM YANG TELAH DISERTAI OLEH MPB:
14.    Program dan aktiviti yang telah disertai oleh MPB pada bulan Februari 2016 adalah seperti berikut:
         i.             Hello Komoditi Long Lama, Baram, Miri, 15 Februari 2016 bertempat di Dewan Masyarakat Long Lama Baram Sarawak.
         ii.            Bersiaran secara langsung di radio WaiFM RTM Kuching dalam program Mansang Sarawak Mansang pada 16 Februari 2016.
I.       USAHA PENINGKATAN KECERIAAN DAN KEINDAHAN IBU PEJABAT SERTA PEJABAT CAWANGAN
15.    MPB mengucapkan syabas dan tahniah diatas usaha sama yang telah diberikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am (PSM & PTA) bersama Bahagian Perkhidmatan Perkilangan (PP) kerana telah mengecat semula bangunan ibu pejabat dan pejabat-pejabat cawangan MPB .