Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

TEKS UCAPAN YB DATO’ HENRY SUM AGONG PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA SEMPENA MALAM APRESIASI KEGEMILANGAN SARASPICE DAN PRA GAWAI TAHUN 2016

YB DATO’ HENRY SUM AGONG
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
SEMPENA MALAM APRESIASI KEGEMILANGAN SARASPICE
DAN PRA GAWAI TAHUN 2016
DI HOTEL PULLMAN, KUCHING
PADA 27 MEI 2016
Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa
Selamat datang saya ucapkan kepada:-
  1. YBhg Datuk M. Nagarajan
Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
  1. Ahli – Ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
  1. Encik Philip Gaweng
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Lembaga Lada Malaysia
  1. Pegawai – pegawai dan Kakitangan Bersara yang diraikan iaitu;
  1. 1)YBhg Dato Grunsin Ayom
Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia
& Isteri, Datin Doris Ukun serta keluarga
  1. 2)Encik Anyi Wan Luhat
Pengarah Kanan
Bahagian Tanaman, Pengembangan Pekebun dan Penggiat Industri & Isteri, Puan Katun Balong; SERTA
  1. 3)Encik Harun Bin Dan @ Adenan
Pembantu Ehwal Ekonomi
Pejabat MPB Cawangan Sarikei
& Isteri, Puan Norma Binti Ismail
  1. Pengarah – Pengarah Kanan, Pengarah Wilayah, Ketua Pejabat Cawangan (KPC), Exporters serta seluruh warga kerja MPB yang dihormati sekalian.
  1. Terlebih dahulu, saya ingin mengalu – alukan kedatangan YBhg Datuk M. Nagarajan selaku Ketua Setiausaha MPIC yang baharu di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk menghadiri majlis kita pada malam ini. Di kesempatan ini saya serta warga MPB mengucapkan setinggi – tinggi tahniah di atas pelantikan YBhg Datuk sebagai Ketua Setiausaha MPIC yang baharu
  1. Ucapan tahniah dan syabas turut diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Induk majlis ini yang diketuai oleh Encik Philip Gaweng kerana telah bertungkus lumus demi menjayakan majlis kita pada malam ini.
  1. Malam ini bukanlah seperti malam sambutan majlis yang biasa kerana pada malam ini kerana selain sebagai malam sambutan Pra – Gawai, kita turut meraikan pegawai dan kakitangan MPB yang akan bersara tidak lama lagi sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat di MPB.
YBhg Datuk, Dato, tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
  1. Unit Saraspice MPB memainkan peranan yang tidak kurang penting kepada MPB kerana keuntungan yang dijana daripada aktiviti jualan produk – produk lada serta produk berasaskan lada bukan sedikit. Kelebihan Sarawak sebagai
pengeluar lada terbesar telah memberikan peluang kepada MPB untuk memperkenalkan jenama Saraspice.
  1. Sehingga kini pelbagai produk lada serta produk berasaskan lada yang telah dijual di bawah jenama Saraspice. Antaranya serbuk dan biji lada hitam dan lada putih, pengisar pakai buang lada hitam dan lada putih; serta produk – produk berasaskan lada seperti gula – gula lada, kandi lada, sos lada hitam, minyak wangi lada serta perencah berlada.
  1. Oleh sebab itu, jualan yang direkodkan sepanjang tahun 2015 melalui perniagaan produk – produk lada tersebut adalah berjumlah RM2,694,229.18. Hasil jualan yang cukup memberangsangkan ini menunjukkan bahawa jenama Saraspice itu sendiri telah dikenali ramai dan semakin mendapat tempat di hati pelanggan sekaligus keuntungan yang diperoleh hasil daripada jualan tersebut membolehkan kita menganjurkan majlis yang besar – besaran seperti pada malam ini.
  1. Perkara yang baik itu hendaklah diteruskan dan saya menyeru kepada Unit Saraspice supaya menyalurkan sebahagian keuntungan jualan kepada KESUDA sebagai penghargaan kepada warga kerja MPB yang turut bersama Saraspice dalam membuat jualan dan promosi produk
YBhg Datuk, Dato, tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
  1. Malam ini amat istimewa kerana kita akan meraikan tiga orang pegawai dan kakitangan MPB yang yang bakal bersara. Sumbangan dan jasa mereka bukan sedikit kerana jika hendak dikira semenjak beberapa dekad yang lalu bermula dari wujudnya Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) hingga sekarang, perubahan demi perubahan yang telah dibawa oleh mereka.
  1. Tiga orang pegawai yang dimaksudkan adalah YBhg Dato Grunsin Ayom, Ketua Pengarah MPB; Encik Anyi Wan Luhat, Pengarah Kanan Bahagian Tanaman, Pengembangan Pekebun dan Penggiat Industri; serta Encik Harun Bin Dan @ Adenan, Pembantu Ehwal Ekonomi dari MPB Cawangan Sarikei.
  1. Menyusuri perjalanan YBhg Dato Grunsin Ayom selama 36 tahun di MPB sehinggalah pada saat beliau diberi kepercayaan untuk menerajui tampuk pimpinan JPLH dan MPB, tidak dinafikan agensi kita telah semakin berkembang dan menempa nama yang tersendiri.
  1. Bermula sebagai Pengurus Cawangan JPLH di Sarikei pada tahun 1979, beliau terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada agensi terutamanya semasa beliau ditempatkan di Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Kuching pada tahun 1985. Beliau kemudiannya terus diberikan kepercayaan untuk mengetuai Bahagian Dagangan dari tahun 1992 hingga 1994.
  1. Tahun 2007 merupakan tahun bersejarah buat beliau kerana telah dilantik ke jawatan Ketua Pengarah MPB sekaligus menjadi peneraju kepada MPB. Beliau telah membuktikan bahawa kejayaan itu bukan hanya dimiliki oleh satu bangsa sahaja kerana Anak Sarawak juga mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain. Oleh itu, jasa dan sumbangan yang tidak ternilai daripada beliau ini wajar dikenang.
  1. Bagi Encik Anyi Wan Luhat pula, pelantikan beliau sebagai Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Negeri Sarawak pada tahun 1985 telah membuka peluang dan ruang kepada beliau untuk terus memajukan bidang pertanian sebagai sebuah bidang yang harus diterokai.
  1. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44 di MPB sebelum dinaikkan pangkat ke
  1. gred E48 pada tahun 2012. Berkat daripada pengalaman luas beliau dalam bidang pertanian, akhirnya pada tahun 2016, beliau telah dilantik ke jawatan
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E52 sekaligus mengetuai Bahagian Tanaman, Pengembangan Pekebun dan Penggiat Industri.
  1. Encik Harun Bin Dan juga merupakan antara orang lama dalam MPB. Beliau mula menyertai MPB pada tahun 1981 apabila pertama kali dilantik ke jawatan Pembantu Pemasaran Gred C11 di JPLH Kuching sebelum dipindahkan ke JPLH Sarikei pada tahun yang sama.
  1. Pada tahun 1992, beliau telah ditukar lantik ke jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi E7 dan dipindahkan ke JPLH Bintangor 3 tahun selepas itu. Tahun 2006 pastinya bermakna buat Encik Harun apabila beliau dinaikkan pangkat secara hakiki ke jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E26 hingga sekarang.
  1. Justeru, generasi baru MPB yang ada sekarang seharusnya mengambil iktibar dan mencontohi semangat dan sifat dedikasi yang telah ditunjukkan oleh pegawai – pegawai ini.
  1. Kepada YBhg Dato Grunsin Ayom, semoga kita akan terus berhubung lagi selepas ini kerana walaupun Dato telah bersara, tetapi Dato tetap menjadi sebahagian daripada keluarga MPB.
YBhg Datuk, Dato, Tuan – tuan serta hadirin sekalian,
  1. Jika kita bercakap mengenai perayaan Gawai Dayak, pasti ramai yang menyalahertikan konotasi “Gawai” tersebut. Perkataan “Gawai” membawa maksud “perayaan” manakala “Dayak” pula merujuk kepada kaum pribumi di Sarawak, Kalimantan Indonesia dan Borneo. Kaum “Dayak” terdiri daripada
  1. Perayaan tradisional yang disambut pada 1 Jun setiap tahun ini diraikan dengan penuh kemeriahan terutamanya di rumah panjang. Ianya merupakan perayaan simbolik sebagai menghargai semangat “padi”, iaitu bersyukur di atas limpah rezeki yang dikurniakan selain sebagai tanda syukur kerana hasil tanaman padi yang menggalakkan.
  1. Oleh sebab itu, semasa perayaan Gawai Dayak, kita akan dapat menyaksikan beberapa upacara tradisi yang lazim dilakukan. Antaranya upacara “Muai Antu Rua (cast away the Spirit of Greed)” serta “Miring atau Bedara (ritual offering ceremony)”. Minuman tapai yang dikenali sebagai “Tuak” adalah minuman tradisi yang wajib ada semasa perayaan tersebut. Kuih – kuih tradisional seperti “Penganan Jala” dan “Kuih Chuan” turut tidak ketinggalan dihidangkan.
  1. Maka, tidak hairanlah masyarakat Dayak di rumah panjang meraikan perayaan Gawai dengan penuh meriah. Masyarakat luar mungkin melihat semua ini sebagai upacara penyembahan, tetapi pada hakikatnya ia merupakan sebuah penghormatan kepada adat – adat tradisional yang tidak pernah dan tidak harus dilupakan walau dunia dihimpit kemodonenan dan kemajuan.
YBhg Datuk, Dato, tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
  1. Dalam kita bergembira, janganlah kita lupa kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada kita. Usaha yang telah dicurahkan oleh generasi MPB sebelum ini seharusnya dikekalkan dan ditambah baik demi kebaikan agensi amnya dan industri lada khususnya.
  1. Kita ingin melihat industri lada ini semakin berkembang dan tidak hanya dilihat sebagai satu komoditi sahaja. Matlamat MPB ialah kita ingin melahirkan lebih banyak usahawan lada yang berjaya yang bukan sekadar menjadi pekebun biasa melalui pelbagai insentif, bantuan dan latihan sekaligus para usahawan ini akan mampu untuk mengubah taraf sosioekonomi keluarga mereka ke tahap yang lebih baik.
  1. Justeru, saya ingin menyeru kepada semua warga MPB untuk bersama – sama mengekalkan kedudukan dan kejayaan yang kita kecapi pada saat ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak juga mustahil untuk dilaksanakan jika seluruh warga MPB yang ada pada malam ini bersatu hati bagi mencapai matlamat tersebut.
Akhir kata, tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada warga MPB yang berbangsa Iban. Gayu Guru Gerai Nyamai. OOOOHAAAAA!
Sekian, terima kasih.
 
YB DATO’HENRY SUM AGONG
PENGERUSI
LEMBAGA LADA MALAYSIA
27 MEI 2016