Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN MPB BIL. 04 2016

NOTA UCAPAN KETUAPENGARAH
SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN MPB BIL. 04/2016
7 OKTOBER 2016
DI INTANKAMPUS SARAWAK
 
TerimakasihPengacaraMajlis.
1.YBrsEncik Philip Gaweng, TimbalanKetuaPengarah (Pembangunan)
2.YBrsEncik Othman Sajili, TimbalanKetuaPengarah (Operasi)
3.Encik Larry SaitMuling, PegawaiTugasKhas,
4.PengarahKanan – PengarahKanan, Pengarah – Pengarah, Pegawai – pegawai, Tuan – tuandanPuan – puan yang sayahormatisekalian.
Selamatpagi, salamsejahteradan Salam SehatiSejiwa.
  •  ARAHAN KSN 26 SEPTEMBER 2016 – PEMATUHAN PANDUAN PENGURUSAN LANJUTAN MASA (EOT) BAGI PELAKSANAAN PROJEK – PROJEK KERAJAAN

Jawatankuasa Khas National Development Projects Intervention Committee (NDPIC) yang dipengerusikanoleh YAB Perdana Menteri telah ditubuhkan sebagai salah satu inisiatif intervensi Kerajaan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek RMK-11.

Jawatankuasa ini telah memutuskan supaya amalan terbaik dalam pengurusan Lanjutan Masa diseragamkan kerana bilangan projek pembangunan yang diberi EOT semakin bertambah yang berpunca daripada kelewatan pihak kerajaan yang merangkumi masalah – masalah seperti masalah tanah & tapak, perubahanskop/ rekebentuk, masalah utiliti serta kelewatan dalam pembuatan keputusan di pelbagai peringkat agensi Kerajaan.

Sebahagian besar kelewatan tersebut boleh dielakkan sekiranya pegawai – pegawai yang terlibat di semua peringkat pelaksanaan projek memberikan lebih perhatian terhadap setiap tindakan di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek.
Justeru, KSN mengingatkan semua Pegawai Pengawal / Ketua Jabatan untuk perlu memastikan sebarang pemberian EOT hendaklah berlandaskan kepada syarat – syarat Kontrak serta peraturan sedia ada yang masih berkuatkuasa.
KSN turut menegaskan bahawa tindakan tatatertib/surcaj atau undang – undang boleh dikenakan jika berlaku nya kecuaian (negligence) sama ada oleh pihak Kementerian / Agensi Pelaksana di dalam melaksanakan tugas sehingga menyebabkan kelewatan dan pemberian EOT.
 
  • CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR MPB
Mesyuarat Pengurusan MPB Bilangan 7 Tahun 2016 yang telah diadakan pada 27 September 2016 yang lepas telah memutuskan untuk membuat penstrukturan semula ke atas struktur MPB seperti yang ada pada masa sekarang.
Penstrukturan semula tersebut adalah mengambilkira akan keadaan dunia yang sentiasa berubah dan semakin dinamik serta perkembangan yang dialami oleh agensi kita pada hari ini menuntut kita untuk memberikan nafas dan suntikan baru ke dalam agensi kita ini.
Selain itu, ia juga adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk mentransformasi perkhidmatan awam ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang.
Maka untuk tujuan tersebut, satu deraf cadangan telah dikemukakan kepada semua Pengarah Kanan dan Ketua Bahagian bagi tujuan ulasan dan maklumbalas berkenaan cadangan penyusunan tersebut.
Semoga penyusunan semula ini, organisasi kita akan lebih berdaya saing dan lebih mantap memandangkan MPB merupakan peneraju utama industri lada negara di Malaysia. Saya juga turut berharap agar semua warga MPB dapat menerima baik perubahan yang dilakukan ini demi kemampanan agensi kita.
 
  • EKSTRAK UCAPAN KSN SEMASA MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA ANUGERAH INOVASI ANTARABANGSA (IIA) CAPAM
KetuaSetiausaha Negara merangkapPresiden CAPAM, Tan Sri Dr Ali Hamsa merumuskan ucapan beliau sempena Persidangan Dwi Tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) dengan menyatakan bahawa dalam usaha untuk mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang, perkhidmatan awam perlu digerakkan kearah inovasi selain daripada menjadi cekap dan berkesan.
Sektor awam yang memanfaatkan kelebihan dan keupayaan inovasi akan berjaya menepati jangkaan rakyat kerana inovasi akan mengubah cara penyampaian perkhidmatan seiring dengan standard pencapaian yang telah ditetapkan sekaligus melonjakkan sektor awam ke tahap yang lebih berkualititinggidanmantap.
 
  • EKSTRAK UCAPAN KSN SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN KEWANGAN 2015 BAGI KEMENTERIAN, JABATAN DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

PENGURUSAN KEWANGAN AWAM

Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi masa kini, KSN mengingatkan setiap sektor awam agar menerapkan prinsip“Value For Money”supaya perbelanjaan yang dilakukan akan menghasilkan outcome yang optimum bersesuaian dengan jumlah wang yang telah dibelanjakan

Pendekatan“Value Management” juga perluditekankankeranamelaluipenjimatan yang dihasilkansertapengurusankewangan yang cekap, lebihbanyakprojek yang dapatdilaksanakanbagimanfaatrakyat.

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN
 
Kenaikan penarafan cemerlang dari 4 bintangkepada 5 bintangoleh Jabatan Audit Negara (JAN) telah memberi impak yang positif kearah penambahbaikan dan kecemerlangan pengurusan kewangan sektor awam disamping menjadi penandaaras kepada penilaian yang setara dengan penarafan oleh  Agensi – agensi lain.
Justeru, KSN menegaskan bahawa Pegawai Pengawal kewangan di sektor awam hendaklah memastikan pematuhan kepada prinsipp eraturankewangan, yakni liabiliti dan akauntabiliti di agensi dan jabatan masing – masing berada pada tahap yang cemerlang.
 
  • EKSTRAK AKHBAR: SISTEM PERIKSA DAN IMBANG (CHECKS AND BALANCE) PERKHIDMATAN AWAM HENDAKLAH SENTIASA DILAKSANAKAN – KSN

KSN dalam kenyataan akhbar sebagai berkata sistem checks and balance, pemantauan yang kerap serta pemeriksaan audit secara mengejut (audit spot checks) hendaklah sentiasa dilaksanakan di dalam perkhidmatan awam khususnya di bahagian yang mempunyai risiko berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta pembaziran dana awam.

Pemeriksaan yang bersepadu serta sistem pengurusan yang strategik ini adalah penting bagi membendung aktiviti – aktiviti negatif tersebut daripada terus menular dan bercambah sehingga boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam.

  • PERANAN PENJAWAT AWAM DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL
KSN dalam ucapan beliau sempena Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Ke-41 menyentuh mengenai peranan penjawat awam dalam menangani gejala sosial melalui pemahaman akan aspirasi dan masalah rakyat serta penyebaran mesej – mesej kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Konsep “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” yang berasaskan kepada 6 prinsip utama iaitu Keterbukaan, Turun Padang, Musyawarah, Insaniah, Kekitaan dan Kerjasama Awam-Swastadan NGO yang diperkenalkan oleh beliau membolehkan kita untuk menyedari akan kepentingan dan keperluan untuk memahami kehendak masyarakat disamping menjadi panduan kepada setiap penjawat awam dalam melaksanakan tugas hakiki mereka bukan sahaja sebagai pelaksana dasar, tetapi juga sebagai sebahagian daripada komuniti masyarakat .
 
  • HARI SUKAN NEGARA 2016
Sambutan Hari Sukan Negara 2016 kembali lagi pada tahun ini dengan bertemakan “KeArah Negara Bersukan” yang akan diadakan secara serentak di seluruh negara pada 8 Oktober 2016.
Ia merupakan usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan masyarakat kita. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pada tahun ini, sambutan Hari Sukan Negara Peringkat 2016 MPB juga bakal diadakan di INTAN Kampus Sarawak.
 
  • PENUTUP

Sebelum mengakhiri ucapan pada kali ini, saya ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada INTAN Kampus Sarawak kerana telah memberikan kami peluang untuk menggunakan khidmat dewan sebagailokasiPerhimpunanBulanan MPB kali ke-4 padahariinisertalokasisambutan Hari Sukan Negara 2016 peringkat MPB.

Sayaberharap agar pengisian program selama 2 hari yang telah dirancangkan oleh ahli jawatankuasa induk akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar sekaligus memberi manfaat kepada kita semua.

Semoga komitmen jitu dan tanggungjawab berterusan yang ditunjukkan akan terus berkekalan demi kecemerlangan dan kemampanan agensi di masa hadapan.

Akhir kata, selamatberbaktidanmenjalankantugaskepadasemuawarga MPB.
 
YBhg. Dr. HARRY ENTEBANG
KetuaPengarah
Lembaga Lada Malaysia
7 Oktober 2016