Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

UCAPAN KETUA PENGARAH LEMBAGA LADA MALAYSIA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2016

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH LEMBAGA LADA MALAYSIA
SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2016
DI PADANG SUKAN BOLA SEPAKINTANKAMPUS SARAWAK
8 OKTOBER 2016
 
1.Yang BerbahagiaDatu Lai KuiFong
     Ahli LembagaPengarah
     Lembaga Lada Malaysia bersertaIsteri
2.Yang BerusahaEncik Philip Gaweng
    TimbalanKetuaPengarah (Pembangunan)
    Lembaga Lada Malaysia
3.Yang BerusahaEncik Othman Sajili
   TimbalanKetuaPengarah (Operasi)
    Lembaga Lada Malaysia
4.Encik Larry SaitMuling
     PegawaiTugasKhasLembaga Lada Malaysia
5.Pengarah – PengarahKanan, Pengarah – Pengarah, Ketua – KetuaBahagian, WargaKerjaLembaga Lada Malaysia serta para pengunjung yang dihormatisekalian.
 
  • Salam Sejahtera, Selamat Pagid an Selamat Datang saya ucapkan kepada semua yang telah sudi hadir pada hariini di INTANKampus Sarawak tanpa mengira yang jauh mahu pun deka tuntuk bersama – sama menyahut seruan kerajaan bagi menjadi masyarakat yang cergas sempena sambutan Hari Sukan Negara 2016 pada tahun ini.
  • Kita juga merasa sungguh berbesar hati kerana INTANKampus Sarawak telah membenarkan kita untuk menggunakan lokasi ini sebagai meraikan sambutan Hari Sukan Negara pada hari ini. Sesungguhnya, kami di Lembaga Lada Malaysia amat berbesar hati dan terharu di atas sambutan yang menggalakkan daripada anda semua.
  • Seperti yang kita sedia maklum, sambutan Hari Sukan Negara yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untu kdiraikan padasetiap hariSabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan, kearah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ atau Sporting Nation dengan berlandaskan objektif seperti:-
    a.Menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat.
    b.Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
    c.Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
    d.Meningkatkan pengetahuan berkaitan sukan dalam kalangan rakyat.
    e.Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat aktif dalam aktiviti pembangunan sukan di peringkat akar rumbi.
  • Justeru,pengamalan gaya hidup sihat melalui bersukan mampu mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40% berbanding 50 hingga 60% di negara maju, selain dapat membantu menurunkan kadar serangan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat kita.
  • Namun begitu, fenomena mutakhir ini menunjukkan terdapat perubahan dan peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita tentang betapa pentingnya menjaga dan mengamalkan budaya hidup sihat apabila semakin ramai masyarakat yang terlibat dalam aktiviti – aktiviti senaman seperti senamrobik dan Zumba. Senario ini memberikan gambaran kepada kita bahawa masyarakat kita telah semakin menitikberatkan kesihatan, yakni bukan sahaja cergas daris egifizikal, tetapi juga cerdas mentalnya.
  • MPB dengan kerjasama Kelab Sukan dan Sosial (KESUDA) juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai aktiviti sukan danria dah yang menyeronokan pada hari ini, antaranya acara lari sambil membawa belon, lumba lari berpasangan, ‘catch and win’, perlawanan tarik tali serta futsal kategori lelaki dan wanita. Acara menyumpit turut diadaka nuntuk tetamu – tetamu kehormat kita pada hari ini.
  • Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabask epada Ahli Jawatankuasa Induk yang telah bertungkus lumus membuat persiapans ambutan Hari Sukan Negara 2016 peringkat agensi demi memastikan setiap acara yang kita rancangkan hari ini berjalan dengan lancar.
  • Kepada warga MPB dan para pengunjung yang bakal terlibat dalam acara – acara sukan yang dipertandingkan, selamat bertanding saya ucapkan. Kalah menang merupakan adat dalam setiap pertandingan kerana yang penting objektif kita yang sebenar pada hari ini tercapai.
  • Saya berharap semoga penganjuran Hari Sukan Negara ini akan dapat diteruskan di masa hadapan kerana ia merupakan satu langkah positif kearah melahirkan masyarakat yang sihat dan cerdas.

    Akhir kata, sukacitanya saya merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Lembaga Lada Malaysia tahun 2016.  Majulah Sukan Untuk Negara.

    Sekian, terimakasih.

    YBHG DR. HARRY ENTEBANG
    KetuaPengarah
    Lembaga Lada Malaysia
    8 Oktober 2016