Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

UCAPAN ALUAN YB TAN SRI WILLIAM MAWAN IKOM PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016 LEMBAGA LADA MALAYSIA

UCAPAN ALUAN
YB TAN SRI WILLIAM MAWAN IKOM
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
 
SEMPENA
 
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016
LEMBAGA LADA MALAYSIA
DI HOTEL IMPERIAL, KUCHING, SARAWAK
 

6 JUN 2017 (SELASA)

  1. 1.Yang Berhormat Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
Serta Isteri, Datin Kartini Abdul Rahman
  1. 2.Yang Berbahagia Datuk M. Nagarajan
Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
  1. 3.
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kemajuan Industri Koko dan Lada (IKL)
  1. 4.Berusaha Dr. Harry Entebang
Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia
  1. 5.Ahli – ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
 
Pegawai – pegawai Kanan, wakil – wakil Media
 
YBhg. Datu / Dato’ serta hadirin yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu khas kita Yang Berhormat Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri MPIC kerana sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB). Saya mewakili warga MPB juga berasa amat berbesar hati menerima kehadiran Yang Berhormat Datuk pada petang ini.
 
YB Datuk /YBhg. Datuk/ Datu serta hadirin yang dihormati,
  1. Majlis APC merupakan acara tahunan MPB untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh warga MPB dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sekaligus menghasilkan kualiti kerja yang unggul dan melebihi keperluan tuntutan tugas biasa bagi jawatannya.
  1. Secara umumnya, kriteria pemilihan penerima APC dibuat adalah merangkumi aspek amalan kerja yang baik, keperibadian serta sahsiah diri yang tinggi, penglibatan aktif dan sumbangan kepada organisasi khususnya serta industri secara amnya.
  1. Pada tahun 2016 seramai 25 orang pegawai dan kakitangan telah dipilih untuk menerima APC. Selain itu, majlis ini juga turut memberi penghargaan kepada 30 orang pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat dalam industri lada melebihi 25 tahun.
  1. Tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian pekhidmatan cemerlang yang telah dipamerkan sekaligus telah meletakkan satu standard yang tinggi untuk dicapai. Semoga prestasi cemerlang ini akan dapat dikekalkan dan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi demi keberlangsungan agensi. Kepada yang tidak terpilih, bukanlah bermakna prestasi saudara dan saudari tidak cemerlang, sebaliknya ia sebagai pendorong untuk memperbaiki prestasi sedia ada agar menjadi lebih cemerlang pada tahun mendatang.
 
YB Datuk /YBhg. Datuk/ Datu serta hadirin yang dihormati,
 
  1. Globalisasi dan tuntutan kerja yang memerlukan tindakan diambil dalam tempoh masa sebenar (real time) memerlukan modal insan yang bersifat dinamik, responsif dan cekal. Warga MPB perlulah berfikiran lebih terbuka, bersikap inovatif dan kreatif serta berkebolehan mencipta nilai tambah melalui perubahan.
  1. Namun, dalam kita mengejar kecemerlangan bagi memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan memenuhi tuntutan rakyat yang semakin meningkat, janganlah kita memandang remeh terhadap pengurusan emosi dan tekanan di tempat kerja. Oleh itu, saya menyeru supaya amalan keseronokan bekerja, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan berintegriti dapat dibudayakan dikalangan pegawai dan kakitangan MPB.
YB Datuk / YBhg. Datuk/ Datu serta hadirin yang dihormati,
  1. Tidak kira sama ada pada petang ini tuan – tuan dan puan – puan diraikan sebagai penerima APC mahupun APS, peranan yang telah dimainkan amat penting dalam memastikan MPB terus relevan dan dapat melaksanakan fungsinya dengan berkesan. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas di atas pencapaian prestasi cemerlang kepada semua bakal penerima APC 2016 dan APS 2017.
  1. Saya turut ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai kepada warga MPB yang berbangsa Dayak, Selamat berpuasa kepada kakitangan dan pegawai yang beragama Islam, serta setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih juga dipanjangkan kepada pihak urusetia penganjur serta seluruh warga MPB yang telah menjayakan majlis pada petang ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
Pengerusi
Lembaga Lada Malaysia
6 June 2017