Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

TEKS UCAPAN YB TAN SRI WILLIAM MAWAN IKOM PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA SEMPENA MAJLIS RAMAH TAMAH HARI GAWAI DAN HARI RAYA AIDILFITRI LEMBAGA LADA MALAYSIA (MPB) DI PERKARANGAN IBU PEJABAT MPB

 
TEKS UCAPAN
YB TAN SRI WILLIAM MAWAN IKOM
PENGERUSI LEMBAGA LADA MALAYSIA
SEMPENA MAJLIS RAMAH TAMAH HARI GAWAI DAN HARI RAYA AIDILFITRI LEMBAGA LADA MALAYSIA (MPB)
DI PERKARANGAN IBU PEJABAT MPB
 
PADA 10 JULAI 2017
 
Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa diucapkan kepada:-
  1. i)
Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
 
  1. ii)Encik Philip Gaweng
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Lembaga Lada Malaysia
 
  1. iii)Encik Othman Sajili
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Lembaga Lada Malaysia
 
Tidak dilupakan juga tetamu khas dari UCSI University Kampus Sarawak iaitu,
 
  1. i) PUAN MUKVINDER KAUR SANDHU
Chief Operating Officer (COO) UCSI Kampus Sarawak
 
  1. ii) PROFESSOR KASHIF HUSSAIN
             Dean of Faculty of Hospitality & Tourism Management UCSI
 
  1. iii) ENCIK CHRISTOPHER WAN SAGENG
             Deputy Dean of Faculty of Hospitality & Tourism Management
 
Pengarah – Pengarah Kanan, Pengarah – Pengarah, Pegawai – pegawai serta seluruh warga kerja MPB yang dihormati sekalian.
 
  • Terlebih dahulu, setinggi – tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Induk majlis ini kerana telah bertungkus lumus melakukan persiapan dan persediaan rapi demi menjayakan majlis kita pada pagi ini. Saya amat bertuah kerana sekali lagi telah diberi kesempatan untuk bersama warga MPB meraikan Majlis Ramah Tamah Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitiri MPB 2017. Tradisi sebegini wajar diteruskan sebagai salah satu platform untuk mengeratkan silaturahim sesama kita. Pagi ini saya tidak berhasrat untuk berucap panjang kerana bagi saya Majlis Ramah Tamah seharusnya lebih santai dan relaks memandangkan rata – rata antara kita masih lagi dalam mood perayaan.
 
Tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
 
  • Jika kita bercakap mengenai perayaan Gawai Dayak, pasti ramai yang menyalahertikan konotasi “Gawai” tersebut. Perkataan “Gawai” membawa maksud “perayaan” manakala “Dayak” pula merujuk kepada kaum pribumi di Sarawak, Kalimantan Indonesia dan Borneo. Kaum “Dayak” terdiri daripada
  • Perayaan tradisional yang disambut pada 1 Jun setiap tahun ini diraikan dengan penuh kemeriahan terutamanya di rumah panjang. Ianya merupakan perayaan simbolik sebagai menghargai semangat “padi”, iaitu bersyukur di atas limpah rezeki yang dikurniakan selain sebagai tanda syukur kerana hasil tanaman padi yang menggalakkan.
  • Begitu juga dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut sebagai simbol kemenangan kepada umat Islam setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Jika kita menziarahi rumah – rumah rakan taulan semasa Hari Raya, aneka juadah sedia terhidang yang terdiri daripada kuih – kuih tradisional masyarakat tempatan. Sahabat handai saling mengunjungi antara satu sama lain. Namun begitu, perayaan ini tidak akan lengkap tanpa adanya ketupat dan rendang sebagai hidangan utama dan wajib ada semasa perayaan Hari Raya.
  • Keadaan sebegini tidak wujud dimana – mana kecuali di Malaysia. Masyarakatnya berbilang kaum dan bersatu hati dan hidup aman harmoni di bawah satu bumbung. Jika dibandingkan dengan negara – negara luar yang diancam dengan pelbagai pergolakkan serta anasir – anasir jahat, negara kita bertuah kerana keselamatan masyarakat kita masih lagi terjamin.
  • Justeru, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini dan harus sentiasa menjaga hubungan baik antara satu sama lain, sama ada di rumah, sekolah mahupun di tempat kerja demi kesejahteraan bersama.
Tuan – tuan serta hadirin yang dihormati sekalian,
  • Dalam kita bergembira, janganlah kita lupa kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada kita. Usaha yang telah dicurahkan oleh generasi MPB sebelum ini seharusnya dikekalkan dan ditambah baik demi kebaikan agensi amnya dan industri lada khususnya.
  • Kita ingin melihat industri lada ini semakin berkembang dan tidak hanya dilihat sebagai satu komoditi sahaja. Matlamat MPB ialah kita ingin melahirkan lebih banyak usahawan lada yang berjaya yang bukan sekadar menjadi pekebun biasa melalui pelbagai insentif, bantuan dan latihan sekaligus para usahawan ini akan mampu untuk mengubah taraf sosioekonomi keluarga mereka ke tahap yang lebih baik.
  • Justeru, saya ingin menyeru kepada semua warga MPB untuk bersama – sama mengekalkan kedudukan dan kejayaan yang kita kecapi pada saat ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak juga mustahil untuk dilaksanakan jika seluruh warga MPB yang ada pada hari ini bersatu hati bagi mencapai matlamat tersebut.
  • Saya juga berharap agar warga MPB yang ada pada hari ini untuk sentiasa menjaga imej dan nama baik organisasi memandangkan di sinilah tempat kita berkhidmat dan mencari rezeki untuk keluarga.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
YB TAN SRI WILLIAM MAWAN IKOM
PENGERUSI
LEMBAGA LADA MALAYSIA
10 JULAI 2017