SARIKEI

Pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB) Cawangan Sarikei terletak di BDC Industrial Area, P.O Box 279, 96107, Sarikei, Sarawak bertujuan untuk menyelia aktiviti industri lada meliputi kawasan Sarikei, Pakan dan Rapok. Terdapat pelbagai unit di pejabat cawangan ini dengan peranan dan tanggungjawab utama seperti berikut :
 
  • Melaksanakan Program Pembangunan Penanaman Lada dengan mengagihkan input pertanian, perkakasan ladang, dan bantuan infrastruktur ladang.
  • Melaksanakan aktiviti perdagangan setempat dan di ladang daripada pekebun dan usahawan.
  • Menganjurkan latihan dan aktiviti pengembangan melalui Kursus Tanaman dan Pengeluaran Lada (KTPL), Pemindahan Teknologi (ToT) dan kursus In-Situ untuk menambahkan pengetahuan pekebun dalam pelbagai aspek teknik penanaman baru khasnya pengurusan ladang lada.
  • Memberikan sokongan teknikal untuk pemprosesan dan penggredan lada di peringkat ladang untuk menghasilkan lada berkualiti.
  • Melaksanakan perkhidmatan Kawalan Kualiti, Penggredan dan Makmal.
  • Melaksanakan perkhidmatan Pemprosesan Kering dan Basah.

Hubungi:

En. Haizora Ridis
Penolong Pengarah,
Ketua Pejabat Cawangan - Sarikei
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat:

BDC Industrial Area
P.O. Box 279,
96107 Sarikei, Sarawak
Tel: 084654161  Fax: 084-653510 Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.