WILAYAH SEMENANJUNG MALAYSIA

Pejabat MPB Cawangan Johor telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan 3 orang kakitangan yang berpejabat di Pekan Kulai, Johor. Pejabat sedia ada kini terletak di Lot 666, Jalan Desa Idaman 3/4, Taman Desa Idaman, Senai telah beroperasi mulai 1 Januari 2009 dengan bilangan warga kerja seramai 12 orang.
Pada bulan Februari 2015, selaras dengan penstrukturan semula organisasi MPB, pejabat ini telah dinaik taraf daripada sebuah pejabat cawangan kepada Pejabat Wilayah Semenanjung Malaysia yang diterajui oleh seorang Pengarah Wilayah. Bilangan semasa warga kerja adalah seramai 15 orang.
Aktiviti utama pejabat ini pada awalnya adalah lebih tertumpu kepada pusat pengedaran dan penjualan Lada Sarawak serta hasilan lada. Namun, bermula tahun 2011 aktiviti pejabat ini telah diperluaskan kepada pelaksanaan beberapa aktiviti utama seperti berikut :-
  • Perluasan tanaman
  • Pusat pengedaran stok lada pukal bagi Semenanjung Malaysia
  • Pemasaran
  • Jualan Produk Saraspice
  • Latihan & Kursus Pembangunan dan Pengembangan

Hubungi :

En. Muhammad Hassan Bin M. Salleh
Pegawai Ehwal Ekonomi
Pejabat Wilayah Semenanjung
Emai: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Alamat/Address:
 
Lembaga Lada Malaysia, Lot 666, Jalan Idaman 3/4, Taman Desa Idaman
Peti Surat 27, 81400 Senai, Johor Darul Takzim
No. Tel: 07-598 6485/86/87 No. Faks : 07-599 6430

Emel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.