MATLAMAT & FUNGSI

Matlamat strategik Lembaga Lada Malaysia

MATLAMAT PERTAMA

Meningkatkan pengeluaran dan pendapatan penggiat industri Lada.

MATLAMAT KEDUA

Memperkukuhkan pengeluaran dan daya saing dalam industri

MATLAMAT KETIGA

Memastikan kemampanan industri lada negara

 

Fungsi Lembaga Lada Malaysia

  • Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia
  • Terlibat dalam perdagangan lada, keluaran lada hitam dan memperluas perdagangan kepada rempah-rempah yang lain
  • Menggalakkan atau menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan industri lada dan memperdagangkan dapatan penyelidikan demi manfaat industri lada
  • Menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah untuk mendapatkan lada,keluaran lada dan rempah-rempah lain yang berkualiti tinggi
  • Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perunding dan perkhidmatan yang berkaitan termasuk latihan kepada industri lada
  • Mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyeggerakan rekod semua perkara yang relevan berhubungan dengan industri lada
  • Berhubung dan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan dan badan-badan lain termasuk menjadi anggota persatuan di dalam dan di luar Malaysia demi kepentingan industri lada; dan
  • Melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya