Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

ISO GRADING, ISO 9001 : 2008 - QS 29072008CB08 MS ISO/IEC 17021:2008

gradingPensijilan ISO untuk aktiviti penggredan lada Sarawak telah berjaya diperolehi sejak 28 Februari 2000 di bawah Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia pada waktu itu. Skop untuk ISO tersebut ialah Perkhidmatan Penggredan dan Pensijilan untuk Lada Sarawak.
Pada 25 Mei 2000, ISO Penggredan tersebut telah didaftarkan di bawah BS EN ISO 9001:2000 mengikut UKAS ataupun ‘United Kingdom Association of Standards’ dan nombor sijil ialah AJAOO/2352.


Seterusnya pada 2 Disember 2005, ISO Penggredan tersebut telah didaftar semula di bawah MS ISO 9001:2000 dengan nombor sijil AJAMY05/1026 dan merupakan pendaftaran di bawah Malaysian Standards (MS) dan badan pensijilan pihak ketiga yang bertanggungjawab memberikan pensijilan dan pengauditan ialah pihak AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd.

Pensijilan MS ISO 9001:2000 untuk penggredan telah berjaya didaftarkan semula pada 19 Jun 2008 dan telah tamat tempoh pensijilannya pada 28 Mei 2011. Pada Mei 2010, MS ISO 9001:2000 telah berjaya dipindahkan ke versi terbaru iaitu MS ISO 9001:2008. Pensijilan versi ini berjaya diperbaharui pada Mei 2011 dan akan tamat tempoh pada 28 Mei 2014.