Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

ISO LAB , MS ISO/IEC 17025 : 2005 FIELD OF TESTING : MECHANICAL & MICROBIOLOGY

SammCawangan Kawalan dan Pembangunan Kualiti telah diakreditasi melalui pensijilan MS ISO/IEC 17025:2005 (yang dahulunya dikenali sebagai ISO/IEC G25) Makmal Pusat MPB Kuching diakreditasi melalui skop Mekanikal dan Mikrobiologikal.

Akreditasi tersebut merupakan pengiktirafan yang formal di mana sesuatu organisasi mampu mencapai garispanduan proses kerja, aktiviti, skop dan tugas. Akreditasi Makmal MPB menunjukkan keupayaan skop analisa dan qualiti pengurusan makmal beroperasi dan diiktiraf Standard Antarabangsa.
 
Makmal MPB Kuching
  • Akreditasi ISO/IEC G25, skop analisa fizikal (makro) bagi Makmal Pusat MPB, berkuatkuasa pada 21 Januari 1998;
  • Penambahan skop Akreditasi ISO/IEC G25 analisa Mikrobiologi bagi Makmal Pusat MPB pada 25 April 2000, membolehkan MPB mematuhi keperluan negara pengimport yang semakin ketat contohnya AQIS (Australia);
  • Penaiktarafan ISO/IEC G25 kepada ISO/IEC 17025: 1999 bagi Makmal Pusat MPB, berkuatkuasa pada 23 Ogos 2002;
  • Pengiktarafan ISO/IEC 17025: 2009 bagi Makmal Pusat MPB, berkuatkuasa pada 1 Jan 2009 (secara rasmi pada suku ke-3).
  • Akreditasi ISO/IEC 17025 diiktiraf semula bagi Makmal Pusat MPB, berkuatkuasa pada 6 Dis 2010 Makmal MPB Sarikei
  • Akreditasi ISO/IEC 17025:2005 bagi Makmal Wilayah MPB,pada 2006;
  • Akreditasi ISO/IEC 17025 diiktiraf semula bagi Makmal MPB Sarikei, berkuatkuasa pada 11 Julai 2009
 
Makmal MPB Sarikei
  • Akreditasi ISO/IEC 17025:2005 bagi Makmal Wilayah MPB,pada 2006;
  • Akreditasi ISO/IEC 17025 diiktiraf semula bagi Makmal MPB Sarikei, berkuatkuasa pada 11 Julai 2009
 
Pengiktirafan tersebut bedasarkan audit nilai oleh para pengaudit dalaman MPB dan pengaudit luar dari Jabatan Standard Malaysia. Pengauditan dilaksanakan pada setiap tahun bagi memastikan makmal beroperasi mengikut garispaduan yang telah ditetapkan. Laporan hasil daripada audit tersebut akan dibentangkan kepada pengurus dan pegawai-pegawai makmal. Selain itu, mesyuarat ‘Management review’ juga dilaksanakan bagi membincangkan Dokumen Pengurusan Makmal, serta kawalan dan penambahbaikan sistem operasi makmal .Pengiktirafan akreditasi ini telah memberi mafaat kepada keyakinan kepada pelanggan MPB dari dalam dan luar negeri.