PIAGAM PELANGGAN

Lembaga Lada Malaysia akan menyediakan perkhidmatan saksama, cekap dan boleh dipercayai serta sentiasa berusaha untuk kebaikan industri lada keseluruhannya. Pada dasarnya kami akan :
 
  • Menyediakan perkhidmatan penghasilan produk seperti berikut :
    • Mengeluarkan Sijil Gred dalam masa dua (2) hari bekerja selepas menerima Sijil Analisa dari makmal selaras dengan objektif kualiti (ISO 9001:2008      Penggredan)
    • Mengeluarkan sijil untuk analisa fizikal dan kimia mengikut Standard ISO 17025 dalam tempoh satu (1) hari dan analisa mikrobiologi dalam tempoh tujuh   (7) hari bekerja
    • Penghasilan produk lada yang mematuhi garis panduan pengsijilan HACCP dan Halal
    • Mengumpul dan menyebarkan harga lada tempatan pada setiap hari selewat-lewatnya jam 11.00 pagi
  • Menjawab pertanyaan dalam tiga (3) hari bekerja
  • Memastikan aduan pelanggan diberi :
    • Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari bekerja
    • Maklum balas awal dalam masa lima (5) hari bekerja; dan
    • Aduan diselesaikan dalam masa lima belas (15) hari bekerja
  • Membayar bil-bil yang lengkap dan sempurna dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
  • Menyediakan perkhidmatan pembelian lada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Memberi kursus kepada pekebun sekurang-kurangannya dalam tempoh tiga (3) hari