Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

PENAFIAN

Bantuan Tetapan Paparan Portal

  • Bagi pengguna rabun jauh dan dekat, terdapat beberapa pilihan saiz ansara/font disediakan di bahagian atas portal. Font Portal

Bantuan Borang Maklum Balas

  • Untuk memberi maklumbalas/Cadangan/Komen/Penghargaan: Sila akses di Portal Rasmi MPB di alamat http://www.mpb.gov.my
  • Pada pautan hadapan atas portal klik pada menu Orang Awam > Aduan,Cadangan & Pertanyaan.Pautanfeedback Paparan borang Maklum Balas, Pertanyaan, Komen dan Aduan MPB akan terpapar.
  • Sila masukkan : Nama, E-mel, No Telefon, Kategori (Maklum Balas/Pertanyaan/Komen/Aduan), Maklumbalas, Mudah dihubungi melalui (Telefon/Email). Setelah semua kotak lengkap diisi, tekan buton Hantar. Pautanfeedback
  • Notis proses aduan akan terpapar setelah maklumbalas telah berjaya dihantar.
Secara umum
Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dan ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 pada 1 Januari 2007. Ibu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu manakala sembilan buah Pejabat Cawangan terletak di Sarawak.MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek  penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada.
 
Siapakah kami?
Lembaga Lada Malaysia (MPB) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan ditubuhkan pada 1 Januari 2007. MPB adalah merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia yang beribu pejabat di Kuching, Sarawak.
 
Apakah Visi kami?
Menjadi organisasi yang berwibawa, unggul dan cemerlang dalam pembangunan industri lada di peringkat antarabangsa.
 
Apakah Misi kami?
Meningkatkan sumbangan industri lada kepada pembangunan negara melalui program dan aktiviti yang berkesan serta perkhidmatan yang cemerlang.
 
Apakah Objektif Penubuhan MPB?
    • Untuk menggalakkan penanaman lada;
    • Untuk membangunkan dan menggalakkan industri lada;
    • Untuk menggalakkan penyelidikan tentang lada, keluaran lada hitam dan industri lada;
    • Untuk membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri lada Malaysia yang teratur; dan
    • Untuk mengawal selia industri lada kecuali penanaman dan penyelidikan tentang lada.
Apakah Fungsi Kami?
    • Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia;
    • Untuk terlibat dalam perdagangan lada, keluaran lada hitam dan memperluas perdagangan kepada rempah-rempah yang lain;
    • Untuk menggalakkan atau menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan industri lada dan memperdagangkan dapatan penyelidikan demi manfaat industri lada;
    • Untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah untuk mendapatkan lada, keluaran lada dan rempah-rempah lain yang berkualiti tinggi;
    • Untuk memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perunding dan perkhidmatan yang berkaitan termasuk latihan kepada industri lada;
    • Untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggarakan rekod semua perkara yang relevan yang berhubungan dengan industri lada;
    • Untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan dan badan-badan lain termasuk menjadi anggota persatuan di dalam dan di luar Malaysia demi kepentingan industri lada; dan
    • ntuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
 
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
 
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
 
Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda.
Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.
 
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Portal/Web yang Lain?
 
Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
 
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
 
Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau Portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalam Portal ini.
 

Kerajaan Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa menggunakan maklumat dalam portal ini.

 

Sila ambil perhatian bahawa Portal Rasmi Lembaga lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik. Kandungan rasmi hanya pada laman asal yakni dalam Bahasa Melaysia dan Bahasa Inggeris