Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

Sambutan Ulang Tahun ke 10 MPB dan Pesta Lada 2017

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 10 Lembaga Lada Malaysia dan Pesta Lada 2017 telah diadakan di Buolevard Shopping Mall dan Imperial Hotel pada 13 hingga 15 haribulan Oktober tahun 2017. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi Malaysia yang juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri MPIC, YB Datuk Datu Nasrun Bin Datu Mansur, Pengerusi MPB, YB Tan Sri William Mawan Ikom dan Ketua Setiausaha MPIC, Datuk K.Yogeesvaran.