Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

PROGRAM JELAJAH SARAWAK - JOM TANAM LADA Peringkat Daerah Pakan

Tarikh 26 Oktober 2017 merupakan tarikh bermakna buat MPB apabila telah berkesempatan menganjurkan Program Jelajah Sarawak - Jom Tanam Lada Peringkat Daerah Pakan bertempat di Rh. George Ak Chungut, Nanga Nansang, Pakan.

Program pada kali ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom, Pengerusi Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan merupakan yang terakhir diadakan di Sarawak pada tahun ini.

Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai bukan sahaja datang dari penduduk rumah panjang itu sendiri, tetapi juga turut dihadiri oleh penduduk - penduduk dari kawasan sekitar seperti Bintangor, Julau dan Saratok.

Bagi pihak Pengerusi, Ahli - Ahli Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan Warga Kerja MPB, kami mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penganjuran Program Jom Tanam Lada yang sebelum ini di Bandar Sri Aman, Betong, Lahad Datu dan terkini di Pakan.

Semoga bertemu lagi di siri jelajah yang sama pada tahun hadapan!