Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

FIESTA KOKO DAN LADA 2018 LAHAD DATU, SABAH

Program Fiesta Koko dan Lada anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dengan kerjasama Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah diadakan pada 25 Februari 2018 bertempat di Dewan Tun Mustapha, Lahad Datu, Sabah.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan khas untuk para pengunjung seperti Pameran, Demonstrasi Masakan, Pertandingan Masakan, Pertandingan Mewarna, Pop Kuiz, Jualan produk keluaran MPB & LKM serta PKS.