Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
A- A A+

Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri Industri Utama

Satu lawatan Kerja Rasmi telah diadakan pada 31 Oktober 2018. Lawatan ini diketuai oleh YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama serta rombongan dari MPI.

Program tersebut merangkumi lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Lada Malaysia, Tapak Pembangunan Industri Lada Negara di Semonggok, serta Kebun En. Sow Ak. Titeng di Skim Penempatan Bengoh (BRS), Jalan Puncak Borneo.

Jutaan terima kasih kepada rakan - rakan media yang telah sudi hadir bagi membuat liputan sempena lawatan tersebut.