FAQ  | Contact  | Complain  |Sitemap

Sesi "Town Hall " bersama Pemegang Taruh dan Penggiat Industri Lada

Satu lawatan kerja rasmi oleh YB Puan Teresa Kok serta rombongan Kementerian Industri Utama telah diadakan dari 27 - 29 November 2018. Lawatan ini adalah bersempena dengan Kunjungan Hormat ke atas YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Antara pengisian program sepanjang lawatan kerja tersebut adalah seperti Sesi "Town Hall " bersama Pemegang Taruh dan Penggiat Industri Lada Malaysia (27 Nov) ; Kunjungan Hormat Ke Pejabat DCM, Lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Industri Lada Negara, Semenggoh dan Lawatan Ke Semenggoh Wildlife Center (28 Nov), serta Perbincangan Bersama Sarawak Dayak Oil Palm Planters Association (29 Nov).

MPB ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang lawatan ini diadakan.