FAQ  | Contact  | Complain  |Sitemap

Sesi Pemukiman MPB 2019

Satu Program Pemukiman Lembaga Lada Malaysia telah diadakan pada 8-9 Disember 2018 yang bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform persediaan awal bagi Program Pemukiman Kementerian Industri Utama (MPI) Tahun 2019. YB Tuan Larry Sng selaku Pengerusi MPB serta ahli-ahli lembaga pengarah turut menyertai program ini. Antara tujuan program pemukiman ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara seperti pencapaian sebelum ini, isu pelaksanaan program dan projek, langkah / strategi untuk mengatasinya dan mengenal pasti strategi baru serta pelan pelaksanaan yang perlu digugurkan serta ditambah baik. Semoga program ini boleh membantu sedikit sebanyak rancangan serta masa depat industri lada negara.