Skim Usahawan Keratan Lada

Bentuk Bantuan
  • Bekalan 400 keratan untuk tanaman induk sebagai tambahan kepada 600 pokok yang sedia ada;
  • Bantuan input pertanian untuk 0.3 ha (600 pokok) yang sedia ada secara one-off iaitu:
  • Baja 12:12:12 TE (25 Kg/beg)
  • Baja organik (25 Kg/beg)
  • Carbofuran (4 Kg/paket)
  • Benomyl (500 gm/paket)
  • Latihan, lawatan pembelajaran dan khidmat nasihat;
  • Bantuan Pemasaran; dan
  • Lain-lain bantuan yang dianggap penting dari masa ke masa.
Syarat – Syarat Pemilihan Peserta:
  • Dibuka kepada semua pekebun lada berstatus Bumiputra;
  • Peserta mesti berdaftar dengan Lembaga Lada Malaysia;
  • Peserta mesti memiliki kebun lada sekurang-kurangnya 600 pokok yang terdiri daripada varieti yang disyorkan iaitu Semonggok Aman, Semonggok Emas dan Kuching yang bebas daripada serangan penyakit dan perosak;
Walau bagaimanapun, kelonggaran diberi kepada peserta daripada kawasan atau wilayah yang dianggap baharu menanam lada seperti Wilayah Sabah yang menanam kurang daripada 600 pokok;
  • Mempunyai kawasan tanah yang sesuai untuk pengeluaran keratan lada; dan
  • Menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa sanggup bekerjasama dengan MPB.