Skim Pengeluaran Lada Berkualiti Eksport (LBE) Peringkat Ladang/Peningkatan Kualiti Lada Peringkat Ladang

Bentuk Bantuan
 
Pengipas, Pelerai, ‘Spiral Separator’, pelantar jemuran,bahan binaan untuk stor, empangan anak sungai dan tangki rendaman untuk meningkatkan kualiti lada yang dihasilkan.
 
Syarat – Syarat Pemilihan Penerima Bantuan:
  1. Pekebun yang memiliki sejumlah sekurang-kurangnya 500 pokok atau lebih lada matang secara individu atau berkumpulan. Pemohon hanya layak diberi bantuan 1 unit alat pemprosesan (Pengipas atau Pelerai atau ‘Spiral Separator’);
  2. Pekebun layak mendapatkan ketiga-tiga alat pemprosesan (Pengipas, Pelerai & ‘Spiral Separator’), sekiranya memiliki sekurang-kurangnya 2,000 pokok lada matang yang berumur melebihi 3 tahun samada secara individu atau berkumpulan; dan
    1. Untuk bantuan kemudahan infrastruktur ladang (pelantar jemuran dan bahan binaan untuk stor, empangan anak sungai / tangki rendaman) pemohon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 2,000 pokok lada matang yang berumur melebihi 3 tahun samada secara individu atau berkumpulan.