Skim Tanaman Baharu Lada

Had Bantuan
Had bantuan untuk seorang pekebun adalah 800 pokok (0.4 Ha) dalam RMK11. Walau bagaimanapun, bantuan yang diberi kepada seorang pekebun dalam setahun adalah tidak melebihi 400 pokok (0.2 Ha).
 
Bentuk dan nilai bantuan
  • Input pertanian (baja dan dolomite);
  • Bayaran insentif secara tunai bagi keratan lada & tiang sokongan;
  • Khidmat nasihat; dan
  • Nilai bantuan: RM 26,000 sehektar untuk tempoh 2 tahun dengan pecahan peruntukan mengikut tahun seperti yang berikut:
Tahun 1: RM 20,000
Tahun 2: RM   6,000                    
Jumlah : RM 26,000
 
Syarat–Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sarawak Dan Semenanjung Malaysia
  • Penerima bantuan adalah warganegara Malaysia;
  • Pekebun yang memiliki pokok lada baruyang berusia 2 tahun dan ke bawah;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL:dan
  • Pemohon yang pernah menerima bantuan daripada skim ini layak memohon dan dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau menerima bantuan.
Syarat – Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sabah
  • Penerima adalah warganegara Malaysia;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL:dan
  • Pemohon yang pernah mendapat bantuan daripada skim ini layak memohon dan dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau menerima bantuan.