KAWALAN KUALITI

PENGENALAN

Cawangan Kawalan Kualiti di bawah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kualiti Lembaga Lada Malaysia menawarkan perkhidmatan analisis makmal untuk lada keluaran Malaysia. Makmal-makmal analisis MPB telah mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005.
‚Äč

MATLAMAT

Memastikan kualiti eksport lada negara terjamin dan memenuhi piawaian keselamatan makanan di peringkat antarabangsa.
 

FUNGSI

  • Menyediakan khidmat ujian yang segera dan boleh dipercayai serta bertaraf tinggi, mengenai kualiti serta parameter-parameter keselamatan lada dan produk-produk yang berkaitan, kepada industri lada/rempah-ratus;
  • Bekerja secara rapat dengan industri lada/rempah-ratus dalam membangunkan / memperbaiki produk-produk lada/rempah-ratus yang ditambah nilai;
  • Memindahkan pengetahuan dan kepakaran teknikal yang berkaitan terhadap industri lada/rempah-ratus agar industri lada lebih berdaya bersaing di pasaran global; dan
  • Penambahbaikan khidmat teknikal secara berterusan untuk kepentingan industri lada/rempah-ratus.

SKOP ANALISIS

  • Mekanikal (Fizikal) – merangkumi analisis untuk menggred / memantau sampel lada seperti kelembapan, bendasing, biji ringan, ketumpatan pukal, kulapuk lada, biji hitam bagi lada putih serta saiz serbuk bagi serbuk lada;
  • Mikrobiologi – analisis bagi menentukan kandungan mikro-organisma tertentu di dalam sampel lada. Ini termasuk analisis seperti Aerobic Plate Count, Yeasts &/Moulds Count serta Bakteria Kolifom dan Patogen seperti Escherichia coli dan Salmonella spp;
  • Kimia Intrinsik – analisis bagi bahan kimia semulajadi lada seperti piperine, minyak mudah meruap/minyak pati lada (VO), non-volatile ether extract (NVEE), crude fibre, total ash, acid insoluble ash (AIA) serta profil rasa dan aroma lada;
  • Kimia Ekstrinsik – analisis bagi bahan kimia yang bukan dihasilkan secara semulajadi oleh lada. Ini merangkumi bahan kimia seperti racun makhluk perosak, logam surih (trace/ultra-trace heavy metal) dan mikotoksin.
Maklumat lanjut sila hubungi :
Encik Zehnder Jarroop Anak Augustine Mercer
Pengarah
 
Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
Tel : 082-331811 Ext:160

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.