PERKILANGAN

PENGENALAN

Bahagian Perkhidmatan Perkilangan Lembaga Lada Malaysia menawarkan perkhidmatan pemprosesan lada kepada semua penggiat-penggiat industri lada di Malaysia disamping memberi khidmat dalam bidang kejuruteraan terhadap industri lada secara keseluruhannya.
 

MATLAMAT

Memastikan penghasilan produk lada yang berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa keselamatan sebelum lada dieksport dan digunakan dalam industri pemprosesan makanan mahupun dihidangkan untuk dimakan.
 

FUNGSI

  • Memastikan produk lada yang dihasilkan di MPB menepati kehendak pelanggan dan juga mematuhi keselamatan makanan.
  • Memastikan mesin pemprosesan sentiasa dalam keadaan yang efektif bagi memenuhi kehendak pasaran.
  • Menyumbang kepada kajian berkenaan dengan teknologi baru yang dapat membantu dalam meningkatkan kualiti dan kapasiti penghasilan produk lada.
  • Memberi khidmat teknikal dalam perlaksanaan projek-projek berkaitan.
  • Menjaga dan mengawal serta memastikan keselamatan di tempat kerja selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 1994.
Maklumat lanjut sila hubungi :
En. Soter Anak Jo'og
Jurutera Kanan
 
Isnin-Jumaat: 7.30 am to 5.30pm
Tel : 082-331811 Ext :104

Email : soterAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KEMUDAHAN PEMPROSESAN

  • Penyisihan Warna

    Penyisihan Warna

    Fungsi: Menyisih lada putih bagi menghasilkan lada putih krim dengan gred premium Lokasi : Kuching
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4