MICCOS 2007 AMAZING COMMODITY HUNT

MICCOS 2007 Amazing Commodity Hunt telah diadakan pada 26 Mei 2007 dan dianjurkan bersempena dengan Pameran dan Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) 2007.  Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah menghantar penyertaan di dalam acara ini yang turut disertai oleh warga kerja KPPK, agensi-agensi KPPK serta orang awam dan syarikat-syarikat korporat.  Wakil pasukan MPB iaitu Saraspice diketuai oleh Encik Roswandi Sulaiman dan dianggotai oleh Encik Sriram Kathiresan sebagai juruarah, Encik Mazlan Ibrahim sebagai pembantu dan Encik Zulkifli Mohd. Nasir sebagai pemandu kenderaan. 

Pasukan Saraspice MPB telah memulakan perjalanan daripada Putrajaya pada 8.30 pagi dan melalui Cyberjaya, Seremban, Nilai, Bandaraya Melaka melalui jalan pesisir sebelum sampai ke lokasi penamat di Hotel Mahkota Melaka selewat-lewatnya pada 3.30 petang.  Setiap pasukan diberikan masa selama 7 jam sahaja bagi menyelesaikan tulip-tulip yang diberikan dan seterusnya menamatkan perjalanan masing-masing.  Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas tamatnya acara ini dan pasukan Saraspice MPB telah mendapat tempat ke-15 daripada 45 pasukan di dalam Kategori 1 iaitu bagi warga kerja dan agensi-agensi di bawah KPPK.

 

Peserta-peserta sedang mendengar taklimat MICCOS 2007 Amazing Commodity Hunt.

 

 

Pasukan Saraspice MPB yang dianggotai oleh Encik Roswandi Sulaiman, Encik Sriram Kathiresan, Encik Mazlan Ibrahim dan Encik Zulkifli Mohd. Nasir. 

 

 

Majlis ‘High-Tea’ dan majlis penyampaian hadiah kepada semua peserta.

 

 

Pasukan Saraspice MPB menerima hadiah setelah mendapat tempat ke-15 daripada 45 pasukan di dalam Kategori 1.

 

 

Pasukan Saraspice MPB bersama dengan Encik Encik Abdul Aziz Mohamed iaitu Pengerusi Jawatankuasa Rekreasi MICCOS 2007,  Encik Azmal dari KPPK dan Encik Stephen Mariasomalia, Pengurus Cawangan Johor Bahru.

 

 

Pasukan Saraspice MPB bersama Encik Stephen Mariasomalia, Pengurus Cawangan Johor Bahru.