Dalam sektor makanan, lada telah memainkan peranan yang besar terutamanya dalam sektor perisa. Suatu pembangunan telah dilihat sejak sedekad yang lalu bukan saja dari segi harga tetapi juga pembangunan produk dan proses baru. Permintaan untuk ramuan bahan perisa, aroma dan warna telah bertambah disebabkan oleh perubahan citarasa pengguna; makanan ringan, makanan segera, makanan sejuk beku dan makanan sedia untuk dimasak, makanan sihat yang rendah gula dan garam, trend-trend ini menyumbang kepada permintaan pengguna. Dengan bertambahnya permintaan terhadap produk lada tambah nilai, MPB telah memainkan peranan yang begitu memberangsangkan untuk menghasil dan membangunkan produk lada untuk sektor makanan seperti:
1.Garlic Pepper
2.Green Peppercorns in vinegar
3.Pepper Sweets
4.Pepper Cheese Cookies
5.Black Pepper Sauce
6.Black Pepper Marinade
7.5 Seasons Pepper
8.Green Pepper Sauce
9. Green Pepper Sambal
10.Soup Blend
11.Ginger Pepper
12.Lemon Grass Pepper
13.Soft Pepper Candy
14.Green Pepper in Brine
15.Pepper Keropok
Walaubagaimanapun, sebahagian daripada produk lada seperti yang disebutkan diatas telah diambil dan dikomersilkan oleh pengusaha kecil sederhana (IKS) seperti SaraSpice ( Jentera Pemasaran Lembaga), Sarawak Produces Industries Company (SPIC), Nam Bee, Wan Zhang, Sarper, Pawada dan Borneo Agro Specialty Food. Selain daripada menjemput lebih banyak penyertaan daripada industri kecil sederhana (IKS) untuk mengkomersilkan produk dan memperkukuhkan industri secara keseluruhannya, ia juga memberi memperbaiki persepsi kepada kepelbagaian kegunaan lada terutamanya dalam sektor makanan.