Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Lada Berkenaan Petunjuk Geografi (GI)

🗓️ 22 Mei 2026
📍 Kuching, Sarawak

"Saya percaya sesi pada hari ini bukan sekadar platform perkongsian maklumat, malah menjadi langkah penting dalam memperkukuhkan ekosistem industri lada melalui tadbir urus yang lebih jelas, peningkatan kualiti serta pengembangan peluang industri yang lebih mampan dan berdaya saing."

Demikian antara intipati ucapan rumusan oleh Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat pada sesi penggulungan sempena Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Lada Berkenaan Petunjuk Geografi (GI) yang berlangsung pada hari semalam.

Tumpuan utama perjumpaan ini adalah bertujuan meningkatkan kesedaran industri mengenai penggunaan pelabelan yang betul dan berintegriti disamping menyokong usaha MPB untuk memperkukuhkan manual dan prosedur yang lebih jelas berhubung penggunaan GI Lada Sarawak bagi memelihara prestij dan reputasi jenama ini.

Sesi ini telah dihadiri oleh pengusaha lada, pengilang, pengeksport, persatuan pertubuhan perniagaan dan usahawan industri yang turut berkongsi pandangan serta cadangan masing - masing ke arah mewujudkan ekosistem industri lada yang harmoni.

Selain memberi pendedahan terhadap prosedur dan kepentingan GI, sesi ini turut membuka ruang kepada pemain industri untuk membincangkan cabaran yang dihadapi susulan situasi ekonomi semasa.

Turut hadir berkongsi pandangan dalam sesi dialog adalah Ketua Pegawai dan wakil Kementerian serta Agensi Kerajaan terdiri daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK; MyIPO | Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sarawak (KPDN Laman Rasmi); Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sarawak; Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak serta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi).
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.