Kursus Pengeluaran Bahan Tanaman (KPBT) Siri 1/2026

🗓️26 Jun 2026
📍 Ranau, Sabah
 
Bekalan bahan tanaman berkualiti merupakan asas kepada peningkatan produktiviti dan kelestarian industri lada negara. Sehubungan itu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) menganjurkan Kursus Pengeluaran Bahan Tanaman (KPBT) Siri 1/2026 selama tiga hari, bermula 24-26 Jun 2026 melibatkan peserta dari Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu dan Pitas.
 
Kursus ini memberi latihan praktikal mengenai pemilihan pokok induk, pengambilan keratan, teknik penyemaian serta pengurusan bahan tanaman mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi menghasilkan bahan tanaman yang sihat dan bebas penyakit.
 
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kemahiran pekebun dalam menghasilkan bahan tanaman sendiri, sekali gus menjamin bekalan keratan lada berkualiti dan menyokong pembangunan industri lada yang lebih berdaya saing serta mampan.

 

 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.